Harian Metro

POPULAR ‘REVIEW’ SABUN

- Agensi

 Aksi wanita tular selepas muat naik video makan ‘kegemaran’ di laman sosial

Seorang wanita di Indonesia menjadi popular di media sosial selepas berkongsi videonya menjilat dan memakan pelbagai jenis sabun mandi serta memberi ulasan produk mana yang lebih sedap.

Khosik Assyifa, 21, berasal dari Jawa Timur menjadi popular di media sosial selepas berkongsi tabiat makanan peliknya di Instagram.

Wanita itu memuat naik video menunjukka­n dia menjilat dan memakan beberapa sabun mandi serta memberi ulasan mengenai rasanya.

Apa yang menariknya, Khosik bukan menjilat sabun mandi itu dengan hujung lidahnya tetapi dia menjilat dan memakannya seperti aiskrim.

Khosik juga dilihat memakan sabun itu seperti makanan yang enak dan video berkenaan mendapat beribu-ribu komen dan ‘like.’

Dalam satu temu bual dengan portal Ngopibaren­g, Khosik berkata, tabiat peliknya bermula apabila dia mengidam untuk memakan sabun mandi ketika mengandung anak sulung kira-kira dua tahun lalu.

“Saya mula memakan sabun dengan wangian buah-buahan ketika mandi dan terus menyukai rasanya. Bagaimanap­un, saya malu untuk memberitah­u suami saya hinggalah video saya tular di media sosial,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah mengalami sakit atau kembung perut dan loya sepanjang memakan ‘makanan’ kegemarann­ya itu.

Khosik memberitah­u, kali pertama dia memuat naik video memakan sabun kira-kira dua minggu lalu sebagai satu gurauan tetapi tidak menyangka ia menjadi popular dan ditonton lebih 260,000 kali serta mendapat beribu-ribu ‘like.’

Sejak itu Khosik memuat naik dua lagi video menunjukka­n dia memakan dua jenama sabun mandi termasuk yang dicadangka­n oleh pengikutny­a. keluarga zaman ini.

“Ada ibu bapa berdepan kesukaran ketika mengisi borang atau dokumen persekolah­an yang masih hanya menyediaka­n pilihan latar belakang keluarga dan sosial, sedangkan zaman kini berbeza.

“Perubahan ini menunjukka­n kesamarata­an sosial,” katanya.

Perancis meluluskan perkahwina­n sejenis, enam tahun lalu. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n Khosik memakan dua jenis sabun sebelum memberi ulasan mengenai rasa dan keenakan produk berkenaan. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n Khosik memakan dua jenis sabun sebelum memberi ulasan mengenai rasa dan keenakan produk berkenaan. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia