Harian Metro

Bogel, azan lepas bunuh keluarga

-

Jakarta: Seorang suami menikam isteri dan anak mereka berusia 7 bulan di Blitar, Jawa Timur menggunaka­n pisau dapur sebelum berlari keluar dalam keadaan bogel dan melaungkan azan di depan kediaman mereka.

Tribun News melaporkan, mangsa Sri Dewi, 29, dan anaknya Vika Nadhira, 7 bulan, ditikam suaminya Nardi, 38, di rumah ibu wanita itu, malah ketika melarikan diri suspek turut menggigit pipi bapa mentua yang cuba menghalang­nya.

Selepas membunuh isteri dan anaknya, lelaki itu melaungkan azan di tengah jalan dalam keadaan berbogel, malah sempat mundar-mandir di depan rumahnya sebelum ditahan pihak polis.

Kejadian berlaku ketika seluruh ahli keluarga Sri Dewi berada di rumah berkenaan dan wanita itu maut di tempat kejadian akibat pendarahan.

“Ketika suspek mengacukan pisau ke arah Sri Dewi, isterinya sempat meminta suaminya bertenang dan beristighf­ar. Namun, Nardi terus mengejar mereka hingga ke luar rumah lalu menikam isteri dan anaknya,” kata Ketua Polis Blitar Iptu M Burhanudin.

Pos-Kupang.Com melaporkan, pasangan itu bertengkar dua hari sebelum kejadian disebabkan Sri Dewi cemburu dengan suaminya sehingga mengongkon­g suspek dan melarangny­a bersosial atau merokok.

“Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat manakala polis masih mencari motif pembunuhan,” kata Iptu.

Nardi yang bekerja sebagai penjual cengkih dan penternak dikenali sebagai jiran yang baik di kawasan berkenaan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia