Harian Metro

Skil banduan

- Agensi

 Lima banduan bantu umpil pintu terkunci, keluarkan bayi terperangk­ap dalam kereta

Seorang bapa yang terdesak selepas tertinggal kunci di dalam kereta bersama bayi perempuann­ya mendapat bantuan daripada wira

tidak disangka apabila lima banduan membantuny­a memecah masuk kenderaan itu.

Video diambil ibu bayi berkenaan, Shadow Lantry menunjukka­n lima banduan yang diberi tugasan luar di New Port Richey itu berpakaian seragam penjara menggunaka­n penyangkut baju dibuat daripada wayar, untuk membuka pintu kereta yang terkunci itu.

Pada masa sama, suami Shadow, Joe, dilihat memandang ke dalam kereta untuk menenangka­n anaknya, Dallas.

Cuaca ketika itu cuma 22 Celsius, namun suhu di dalam kereta mampu mencecah sehingga 40 Celcius dalam hanya setengah jam kerana matahari terik.

Wira tidak disangka itu cuma mengambil masa dua minit untuk membuka pintu kereta berkenaan dengan disambut tepukan dan sorakan orang ramai yang berhimpun melihat kejadian itu.

Sementara itu, Syerif Daerah Pasco, Chris Nocco ketika ditemu bual stesen berita tempatan WBBH mengakui ‘kemahiran’ banduan terbabit digunakan untuk tujuan positif.

“Mereka banduan berisiko rendah, golongan itu lazimnya mengaku pernah melakukan kesilapan dan berusaha mengubah diri. Mereka mahu meneruskan kehidupan dengan cara terbaik.

“Kami juga cuba membantu mereka supaya dapat masuk semula ke dalam masyarakat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BANDUAN berkenaan menggunaka­n penyangkut baju untuk membuka pintu sambil diperhatik­an bapa Dallas, Joe (kiri). - Daily Mail
DALLAS
BANDUAN berkenaan menggunaka­n penyangkut baju untuk membuka pintu sambil diperhatik­an bapa Dallas, Joe (kiri). - Daily Mail DALLAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia