Harian Metro

Salji hitam akibat pencemaran

-

Moscow: Penduduk di dua bandar di Russia gempar selepas mendapati salji yang turun di kawasan itu bertukar menjadi hitam.

Media tempatan melaporkan, penduduk di bandar Kiselevsk dan Prokopyevs­k di wilayah Kuzbass terkejut ketika bangun pagi pada minggu lalu apabila mendapati timbunan salji hitam di halaman rumah dan kenderaan mereka.

Bagaimanap­un, salji hitam itu bukan satu fenomena luar biasa tetapi berpunca daripada pencemaran udara yang biasa berlaku di bandar yang terletak di kawasan lombong arang batu.

Penduduk di bandar itu turut berkongsi gambar dan video di media sosial serta melahirkan kebimbanga­n udara di kawasan berkenaan.

Gambar dan video itu menunjukka­n salji hitam kelihatan bertimbun di halaman rumah, padang, jalan raya, pokok dan kenderaan.

Penduduk juga mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap lombong arang batu yang didakwa menjadi punca utama pencemaran tetapi pihak berkuasa memberitah­u, masalah itu lebih kompleks.

Timbalan Gabenor Kemerovo, Andrey Panov berkata, kerana pembinaan saluran gas masih perlahan, kebanyakan bangunan masih bergantung kepada arang batu untuk sistem pemanasan dan ia bermakna kediaman serta perniagaan turut menyumbang kepada pencemaran udara.

Tambah Panov, asap kenderaan juga memburukka­n lagi pencemaran di bandar berkenaan. - Agensi Zagreb: Seorang wanita Croatia ditahan kerana disyaki membunuh adiknya, 18 tahun lalu selepas polis menemui mayat dipercayai mangsa di dalam sebuah peti sejuk di rumahnya.

Menurut laporan media, Jasmina Dominic, 23, belajar di sebuah kolej di Zagreb ketika dilaporkan hilang pada 2000.

Polis percaya mayat ditemui selepas memeriksa kediaman milik kakaknya di kawasan perkampung­an di utara Mala Subotica.

“Berikutan itu, seorang wanita berusia 45 tahun ditahan di Mala Subotica pada Sabtu lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kami percaya mayat yang ditemui di dalam peti sejuk itu adalah wanita yang lahir pada 1977 dan dilaporkan hilang pada 16 Ogos 2005,” kata jurucakap polis wilayah, Nenad Risak kepada AFP.

Akhbar harian Vecernji List melaporkan, walaupun wanita itu didapati hilang sejak 2000, keluargany­a hanya memaklumka­n kepada pihak polis mengenai kehilangan­nya lima tahun kemudian.

“Polis percaya mayat yang ditemui di dalam peti sejuk

 ??  ?? SALJI hitam kelihatan bertimbun di halaman rumah, padang, jalan raya, pokok dan kenderaan. - Agensi
SALJI hitam kelihatan bertimbun di halaman rumah, padang, jalan raya, pokok dan kenderaan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia