Harian Metro

HOT FM MAKIN HANGAT

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Kemasukan Shuib antara perubahan stesen radio kini masuk tahun ke-13

Pihak pengurusan Ripple mengumumka­n barisan hadapan terbaharu stesen radio di bawah naungannya, Hot FM dengan kemasukan Shuib Sepahtu, berkuat kuasa semalam.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berganding­an bersama Shuk dan Fizie dalam slot popular, Geng Pagi Hot (GPH) yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Ketua Audiens Melayu, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata, Hot FM mempunyai evolusi yang masih panjang.

“Masih banyak idea yang ingin kami hidangkan kepada pendengar dan langkah ini diambil untuk sentiasa tampil dengan pembaharua­n selain mengukuhka­n jenama Hot FM dari segi muzik, hiburan dan pengisian gaya hidup terkini.

“Perubahan yang dilakukan Hot FM termasuk kemasukan Shuib berdasarka­n kekuatan setiap penyampai yang kami percaya, mereka mampu menyampaik­an isi kandungan ditetapkan,” katanya.

Bercakap mengenai pembaharua­n lain, El yang sebelum ini mengendali segmen Mega Hot akan mengendali­kan segmen Muzik Hot dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Sementara itu, Deen dan Haziq berganding­an dalam segmen Jam Hot dari jam 4 petang hingga 8 malam, Zetty yang juga satu-satunya ‘bunga’ di Hot FM ke udara pada sebelah malam dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam untuk segmen Mega Hot.

Nik Nor Azura berkata, rombakan dilakukan sesuai dengan usia stesen yang kini memasuki tahun ke-13 ke udara.

Dalam pada itu, GPH masih mengekalka­n segmen yang mendapat perhatian tinggi dan menjadi ikutan pendengar iaitu segmen Sketcah GPH, English GPH bersama Teacher Fati, Story Mory Jihan dan Kak Elo.

Seiring dengan Hot FM yang kini menjangkau usia 13 tahun pada 6 Februari lalu, Hot FM juga merancang beberapa kempen menarik untuk disertai pendengar radio Malaysia.

Ini termasuk Hot FM 13 Lit yang bermula pada 13 Februari lalu, juga

Hot Selebriti yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 atau wang terkumpul bermula semalam.

Secara keseluruha­n diharap perubahan dan pengenalan kepada barisan penyampai Hot FM itu dapat menjadikan Hot FM pilihan pendengar masyarakat masa kini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia