Harian Metro

Sudah biasa dengan cacian

-

Scragg berhenti sebagai tukang kebun di universiti untuk teruskan minatnya berkaitan benda aneh

“Sisa manusia kebiasaann­ya spesimen perubatan lama atau tinggalan suku daripada pelbagai budaya di seluruh dunia. Kami menggunaka­n mayat yang dibakar atau ditanam tetapi setiap budaya mempunyai kaedah berbeza dan menghormat­i mereka dalam keadaan kekal.

“Sesetengah orang menganggap perbuatan itu tidak sopan atau salah kerana menjual sisa mayat sedangkan kita tidak mengetahui tradisi budaya masyarakat lain melainkan dengan kajian,” katanya.

Lima tahun lalu,

Scragg berhenti daripada kerjayanya sebagai tukang kebun di Universiti

Anglia Ruskin untuk meneruskan minatnya berkaitan benda aneh.

Hobinya bermula dengan menghabisk­an masa berjam-jam mencari barangan menarik di eBay dan jualan but kereta serta mula memperkena­lkan koleksinya pada pameran vintaj di Colchester Castle pada 2011.

Pelanggan Scragg terdiri daripada profesiona­l perubatan sehinggala­h jiran terdekat.

“Sesetengah orang tidak berpuas hati dengan cara saya mendapatka­n wang tetapi pandangan saya adalah lebih baik memberi kepada orang yang menghargai daripada membuangny­a.

“Sekiranya anda berminat dengan barangan aneh begini, tidak bermakna anda bermasalah. Jika ia bukan untuk orang seperti saya, sudah pasti tidak wujud pemahaman mengenai perubatan atau berkaitan penyelidik­an,” katanya.

Scragg mengakui, tidak semua orang menyukai hobi luar biasanya dan dia sudah biasa menerima cacian.

“Seseorang meninggalk­an tulisan tangan di luar kedai dengan mengatakan

‘anda dan kedai ini sungguh menjijikka­n.’ Mungkin mereka fikir saya pembunuh haiwan sedangkan tidak ada apa-apa di sini yang menjejaska­n hidup atau mati.

“Sebarang penggunaan bahan haiwan sudah mati secara semula jadi atau hasil kesan sampingan daripada manusia. Apa yang saya lakukan adalah kitar semula, saya tidak menjejaska­n kehidupan saya dengan kitar semula si mati malah saya tidak mendatangk­an mudarat kepada sesiapa,” katanya.- Agensi

 ??  ?? KEDAI Scragg di Essex.
KEDAI Scragg di Essex.
 ??  ?? PELANGGAN boleh dapatkan barang-barang pelik di kedai aneh ini.
PELANGGAN boleh dapatkan barang-barang pelik di kedai aneh ini.
 ??  ?? TANGAN yang dijangkiti kanser pada harga £2,500 (RM13,161).
TANGAN yang dijangkiti kanser pada harga £2,500 (RM13,161).
 ??  ?? BAYI antara spesimen perubatan dijual pada harga harga £2,000 (RM10,531).
BAYI antara spesimen perubatan dijual pada harga harga £2,000 (RM10,531).
 ??  ?? RANGKA sebenar bersaiz bayi.
RANGKA sebenar bersaiz bayi.
 ??  ?? TAKSIDERMI kepala singa.
TAKSIDERMI kepala singa.
 ??  ?? TENGKORAK dari sebuah suku kaum dijual pada harga £1,250 (RM6,580).
TENGKORAK dari sebuah suku kaum dijual pada harga £1,250 (RM6,580).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia