Harian Metro

RAMBUT BEKU MENCUIT HATI

-

Ratusan orang baru-baru ini berhimpun di kawasan dianggap antara paling sejuk di Kanada untuk menyertai peraduan pelik, Hair Freezing Contest (pertanding­an rambut beku) dalam cuaca yang mencecah sehingga -20 Celsius.

Acara tahunan yang menggelika­n hati itu melihat pesertanya memasuki kolam air panas menyebabka­n rambut mereka basah dan terus beku sehingga mewujudkan pelbagai bentuk unik dan lucu.

Acara diadakan di

Takhini Hot Pools, Whitehorse, Yukon itu mendapat penyertaan seluruh dunia. Peserta sengaja menunggu suhu jatuh sehingga mampu terus membekukan rambut basah sebelum mengambil gambar hasilnya.

Pengurus pertanding­an, Andrew Umbrich berkata, tujuan pertanding­an ini adalah bagi mencari gaya rambut beku paling kreatif.

Penganjur mengumpulk­an semua gambar diambil ketika pertanding­an dan tiga yang paling kreatif dipilih sebagai peserta akhir.

Pertanding­an lucu itu diadakan sejak 2011, susulan tradisi tempatan yang melihat pendudukdi Yukon mengambil bahagian dalam pelbagai sukan musim sejuk ketika siang sebelum berendam dalam kolam air panas pada malamnya.

Antara kategori dipertandi­ngkan termasuk Lelaki Terbaik, Wanita Terbaik, Rambut Paling Kreatif dan Kumpulan Terbaik. - Agensi

Ratusan berhimpun di kawasan paling sejuk di Kanada

sertai pertanding­an

pelik

 ??  ?? TIGA rakan mengambil gambar rambut mereka yang beku.
TIGA rakan mengambil gambar rambut mereka yang beku.
 ??  ?? RAMBUT seorang wanita nampak tercacak seperti sepasang tanduk.
RAMBUT seorang wanita nampak tercacak seperti sepasang tanduk.
 ??  ?? PESERTA mengambil gambar yang diserahkan kepada penganjur untuk memilih pemenang.
PESERTA mengambil gambar yang diserahkan kepada penganjur untuk memilih pemenang.
 ??  ?? PESERTA dari seluruh dunia bertanding untuk memenangi pelbagai kategori termasuk Rambut Paling Kreatif.
PESERTA dari seluruh dunia bertanding untuk memenangi pelbagai kategori termasuk Rambut Paling Kreatif.
 ??  ?? RAMBUT peserta ini patah selepas dia mengambil gambar seterusnya menjadikan­nya terpilih sebagai salah satu peserta akhir.
RAMBUT peserta ini patah selepas dia mengambil gambar seterusnya menjadikan­nya terpilih sebagai salah satu peserta akhir.
 ??  ?? PESERTA berendam dalam kolam air panas dan keluar dengan rambut basah yang beku serta-merta.
PESERTA berendam dalam kolam air panas dan keluar dengan rambut basah yang beku serta-merta.
 ??  ?? SEORANG peserta mencuba nasib dalam pertanding­an lucu itu.
SEORANG peserta mencuba nasib dalam pertanding­an lucu itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia