Harian Metro

Main gitar dalam kelas

-

Baginya, dia selesa menjadi dirinya sendiri malah kaedah yang diajar juga berbeza berbanding pelajaran formal di sekolah bagi menarik murid yang terdiri daripada berbilang bangsa untuk mencintai bahasa kebangsaan.

Menurutnya, ramai beranggapa­n subjek itu senang kerana ia bahasa percakapan seharian tapi sebenarnya banyak perbezaan dengan mata pelajaran yang lebih formal.

Bagi memudahkan pelajar faham dan ingat topik yang dipelajari,

Saliza lebih suka membuat formula. Dia yang juga berbakat bermain alat muzik seperti gitar kadangkala menjadikan kaedah pembelajar­an lebih menyeronok­kan dengan bermain alat itu di dalam kelas.

Ini kerana baginya, pelajar zaman ini kebanyakan tidak minat belajar dan kurang fokus pada pelajaran, maka kaedah pembelajar­an yang konvension­al perlu diubah. Guru kini perlu lebih aktif dan proaktif dalam mencari kaedah yang boleh menarik perhatian pelajar. Sesuai dengan jiwa remaja, penggunaan alat muzik memang berjaya ‘mengumpan’ dan menarik kembali minat mereka kepada pelajaran .

“Mereka ini hidup dalam zaman teknologi di hujung jari, ramai juga terpengaru­h dengan apa yang dipaparkan di media sosial. Ada yang tengok artis dan orang terkenal di Facebook dan Instagram dan terpengaru­h kononnya untuk jadi kaya dan buat duit tidak perlu pandai atau ada pelajaran tinggi.

“Benar, pendidikan tinggi bukan tiket untuk berjaya kerana ramai orang di dunia ini yang kaya raya walaupun tidak pernah menjejakka­n kaki ke universiti. Namun mereka semua ada harta paling penting iaitu ‘semangat jitu, disiplin, berani, dahagakan ilmu dan tidak kenal putus asa’. Ini semua adalah ilmu yang perlu dipelajari sepanjang masa dan di sini, saya cuba selitkan elemen itu kepada pelajar.

“Ini yang menjadi cabaran dan kebimbanga­n ibu bapa mahupun guru

Saliza gunakan muzik untuk ‘umpan’ murid supaya berminat dengan subjek diajar

untuk menarik minat sesetengah daripada mereka. Sebab itu, kita perlu mengenali perangai mereka untuk kita tangani dengan cara yang bijak dan tidak terlalu mengikut buku.

“Cara saya ialah jadikan pelajar seperti rakan supaya mereka boleh ceritakan masalah yang dihadapi dalam pelajaran mahupun kehidupan peribadi. Dari situ kita tahu apa yang boleh dibuat untuk memastikan prestasi mereka bertambah baik,” katanya.

Dia yang mengajar subjek itu di pusat tuisyen Math Clinic di sekitar Lembah Klang bagaimanap­un mengakui cabaran dalam bidang itu memandangk­an mereka bukan guru kementeria­n terutama dalam menguasai format baru jika berlaku perubahan.

Namun hubungan baik yang terjalin dengan guru pakar memberi kelebihan buatnya selain selalu mengikuti seminar dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka serta pelbagai seminar teknik menjawab.

Saliza berkata, sejak pertama kali mengajar dia sudah menamakan dalam diri ilmu yang diajarkan pada orang lain membawa pahala berterusan.

“Jadi, bayangkan jika saya menyampaik­an ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, setiap kali mereka mengamalka­n dan menyampaik­an ilmu itu, pahala pasti akan berterusan,” katanya.

Matlamatny­a kini mahu terus melengkapk­an diri dengan ilmu dan jika boleh ke peringkat lebih tinggi. Kini, dia dalam perancanga­n untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dalam masa terdekat. Selepas menjadi guru dia kini mempunyai cita-cita baru, mahu bergelar sebagai pensyarah di universiti.

 ??  ?? BERSAMA anak murid di pusat tuisyen. SALIZA (berdiri) ketika seminar bersama pelajar. BERGAYA ranggi dan periang, Saliza atau
Cikgu
Zack Kirana disenangi ramai pelajar.
BERSAMA anak murid di pusat tuisyen. SALIZA (berdiri) ketika seminar bersama pelajar. BERGAYA ranggi dan periang, Saliza atau Cikgu Zack Kirana disenangi ramai pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia