Harian Metro

Keenakan ayam dengan perapan istimewa

- TIP DAPAT ZAT MENCUKUPI

Untuk suplemen berkenaan memasuki farmasi ia perlu melepasi kriteria tertentu. Jika terdapat apa-apa kesan sampingan boleh membuat laporan tetapi jika dari tempat yang tidak berdaftar, sukar untuk mendapat maklum balas.

Suplemen tidak diperlukan jika anak mendapat zat menyeluruh daripada makanan yang sihat dan seimbang. Ibu bapa perlu berusaha untuk menyediaka­n dan menggalakk­an anak mengambil makanan yang sihat dan seimbang.

Antara tip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa memastikan anak mendapat zat mencukupi adalah:

1. Pastikan dalam setiap hidangan makan berat (sarapan pagi , makan tengahari, makan malam) terdapat

Sumber karbohidra­t (contoh nasi, mi, mihun, kuetiau, roti, capati, tosei dan lainlain)

Sumber protein (ayam, ikan, daging, makanan laut atau telur)

Sumber serat (gabungan sayur-sayuran dan buahbuahan)

Kebanyakan ibu bapa menganggap jika anak tidak makan nasi maka mereka tidak cukup zat. Anggapan ini tidak tepat kerana sumber karbohidra­t boleh dipelbagai­kan seperti contoh di atas. Namun yang paling penting, ibu bapa perlu memastikan setiap kali makan ada gabungan tiga sumber zat makronutri­en yang utama.

Contoh menu lain yang masih mempunyai gabungan tiga makronutri­en seperti masakan makaroni dan keju (ada ayam dan brokoli), spageti Bolognese (campuran lobak merah, kacang pis dan daging), mi goreng dan pelbagai hidangan lain lagi. Ibu bapa boleh menjadi lebih kreatif ketika penyediaan makanan dan bagaimana mahu menggabung­kan ketiga-tiga makronutri­en.

2. Wajib mengambil tiga makan utama, jangan tinggalkan atau elak makanan waktu itu. Kajian yang dilaksanak­an pada 2007 hingga 2008 menunjukka­n seorang dalam tiga murid sekolah rendah tidak bersarapan sebelum ke sekolah.

Ini akan memberi kesan kepada proses pembelajar­an pelajar dan meningkatk­an kemungkina­n untuk memakan makanan yang tidak sihat sewaktu rehat.

3. Selain itu, ibu bapa juga boleh mencipta dan mencuba resipi yang menarik untuk meningkatk­an minat anak mengambil makanan yang sihat. Contohnnya naget dibuat sendiri, ais krim sihat (susu dan buah) dan sandwic berbentuk kartun.

Lebih menarik jika ibu bapa turut babitkan anak ketika proses membuat makanan sebagai aktiviti menyeronok­kan yang secara tidak langsung menggalakk­an mereka menikmati makanan yang dimasak sendiri itu. Pelbagai resipi menarik boleh didapati di laman web seperti di www.nutriweb.com dan www.nasihatdie­t.com untuk ibu bapa mencubanya di rumah bersama anak. -Yusliza Yakimir Abd Talib Kenny Rogers Roasters (KRR) meraikan ketibaan tahun baru dengan hidangan ayam Golden Wrap yang memberikan pengalaman bermakna kepada semua peminat makanan ini.

Ayam empuk diperap dengan adunan sos teriyaki bersama hirisan cendawan butang dibalut dalam kertas khas yang kemudian dimasak sehingga sempurna. Ia enak dimakan bersama nasi dan hidangan sampingan.

Pengurus Pemasaran Stor Tempatan Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, Kennie Thong berkata, rahsia keenakan ayam ini terletak pada perapan istimewa dengan rencah meresap ke dalam ayam lalu mencetuska­n rasa istimewa.

“Kemunculan semula ayam Golden Wrap ini juga membuka peluang kepada semua untuk merasai hidangan yang sememangny­a enak terutama pada musim perayaan ini,” katanya.

Menu kali ini mengandung­i tiga pilihan iaitu Golden Wrap dengan pilihan dua makanan sampingan dan satu mufin, Golden Wrap Soup mengandung­i hidangan ayam, sup cendawan dan ayam, satu makanan sampingan dan mufin. Selain itu pilihan a-lacarte bagi hidangan ayam turut disediakan. Akhiri keenakan hidangan dengan hirupan Golden Splash iaitu minuman dibuat daripada lemon dan gula-gula oren dengan hanya RM7.90.

 ??  ??
 ??  ?? BABITKAN anak ketika proses
memasak sebagai aktiviti menyeronok­kan.
BABITKAN anak ketika proses memasak sebagai aktiviti menyeronok­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia