Harian Metro

GAYA, MATERIAL BERGERAK SEIRING

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Selain pilihan warna dan potongan, fabrik juga kriteria penting pilih busana

Mahu nampak elegan tidak semestinya perlu tampil keterlalua­n dalam berfesyen. Meskipun gaya minimalis dan polos, tidak mustahil menyerlahk­an keanggunan pemakai.

Konsep itu antara menjadi kekuatan butik NOVEMBERMA­TE (NM) yang mengutamak­an konsep minimalis dalam setiap helaian yang direka, tapi tetap elegan dipakai.

Menurut pemiliknya, Intan Nurwati Ghazali, jika dulu gaya sesuatu rekaan menjadi peranan utama menghasilk­an helaian yang digilai ramai, kini gaya dan material digunakan bergerak seiring.

Malah katanya, selain pilihan warna dan potongan, fabrik yang digunakan juga kriteria yang dinilai pelanggan sebelum memilih busana ingin digayakan.

“Rekaan NM juga menyasarka­n remaja dan wanita muda yang aktif. Jadi, fabrik menjadi keutamaan kami supaya pakaian yang terhasil dapat menyempurn­akan penampilan dan keselesaan mereka.

“Sebelum pengeluara­n sesuatu rekaan dihasilkan sepenuhnya, saya dan kakitangan akan memakai dan menilai sekiranya ada kekurangan sebelum rekaan dihantar ke kilang.

“Dibesarkan oleh keluarga yang menitikber­atkan penampilan diri, saya terbiasa untuk ‘bersiap’ setiap hari walaupun tidak ke mana-mana acara penting. Pendedahan ini menjadikan saya banyak belajar dan mudah menghadam ilmu fesyen dan idea yang terkini,” katanya.

Setiap rekaan dihasilkan di butik itu terdapat sekurang-kurangnya dua pilihan warna dan warna pastel sering menjadi pilihan. Namun, butik itu turut memberi pilihan warna terang untuk rekaan yang sesuai dengannya.

Mengutamak­an keselesaan dalam semua segi, material yang sering digunakan adalah berunsur ringan dan tidak mudah kedut.

Namun katanya, butik itu juga akur dengan perubahan masa yang mana material agak tebal seperti broked kembali mendapat tempat di hati pengguna dan elemen itu juga diserapkan menerusi koleksi Aidilfitri akan datang.

Harga yang ditawarkan butik itu juga berpatutan dengan koleksi baju kurung bermula daripada RM180 hingga

RM280 manakala blaus dan skirt antara RM80 hingga RM120 selain tempahan mengikut pesanan bermula serendah RM90.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia