Harian Metro

Gelaran belum terlepas: Solari

-

Madrid: Walaupun tewas, pengendali kelab gergasi Sepanyol Real Madrid, Santiago Solari menegaskan peluang memburu gelaran La Liga masih terbuka walaupun dikejutkan oleh Girona.

Kapten Sergio Ramos

dibuang padang buat kali ke-25 – rekod tertinggi La Liga – sepanjang karier kelabnya ketika Real menyaksika­n skuad Catalan bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan mereka 2-1 di Bernabeu.

Kad merah terkini dikutip Ramos itu memaksanya untuk sekadar memerhati pertembung­an dengan Levante hujung minggu depan sebelum dua aksi menentang Barcelona berturut-turut dalam saingan La Liga dan Piala Raja Sepanyol.

Kekalahan itu menamatkan deretan lima kemenangan Real yang kekal di tangga ketiga, sembilan mata di belakang pendahulu Barcelona.

“Sudah tentu tidak,” kata Solari ketika ditanya sama ada peluang mengejar Barcelona sudah tertutup.

“Kami akan terus berjuang. Minggu ini ada perlawanan untuk pesaing kami di Eropah dan mereka berdepan perlawanan sukar, semuanya menentang pasukan seperti Girona yang ternyata amat serius.

“Kami perlu meneruskan usaha dan kembali di landasan kemenangan.”

Solari turut mengakui jadual padat skuadnya, yang terpaksa mengharung­i aksi Liga Juara-Juara dan Piala Raja Sepanyol, mungkin memberi kesan kepada tahap kecergasan pemain. Milan: Misi memburu kejuaraan semakin pudar buat Napoli apabila skuad kendalian Carlo Ancelotti itu seri tanpa jaringan buat kali ketiga dalam empat perlawanan liga ketika menentang Torino, dan ketinggala­n 13 mata di belakang pendahulu Serie A Juventus.

Dua minggu lalu Napoli seri di laman sendiri menentang AC Milan dan di Fiorentina pada minggu berikutnya. Anak buah Ancelotti akan bertemu Juventus 2 Mac ini yang akan menyaksika­n sama ada jurang mampu dirapatkan atau semakin besar.

Juara bertahan Juventus mengukuhka­n cengkaman untuk gelaran kelapan berturut-turut selepas kemenangan 3-0 ke atas Frosinone Jumaat lalu.

“Kami bermain dengan penuh fokus, motivasi, keazaman, Paris: Kylian Mbappe mempamer bisa dengan voli menakjubka­n sekali gus memberikan kemenangan 1-0 buat Paris Saint-Germain di Saint-Etienne untuk mendahului Ligue 1 dengan kelebihan 12 mata ke atas pesaing terdekat.

Pemain 20 tahun itu meledak gol liga ke-19 yang meletakkan­nya sebagai penjaring terbanyak musim ini ketika permainan berbaki 17 minit. tetapi ia tidak boleh diterima apabila mempunyai 18 peluang dalam dua perlawanan namun satu pun tidak disempurna­kan,” kata Ancelotti.

“Kami hanya mampu menyalahka­n diri sendiri. Apabila anda berhak mendapat kemenangan, anda perlu melakukann­ya. Apa yang tertinggal hanyalah gol, tetapi kedudukan kami baik.”

Dalam perlawanan lain, Radja Nainggolan meledak gol kemenangan Inter Milan untuk mengukuhka­n kedudukan di tangga ketiga selepas mengatasi

Sampdoria 2-1 di

San Siro, manakala

Lazio tewas kepada Genoa.

Ia adalah gol ketiga pemain Belgium itu musim ini dan kemenangan ketiga berturut-turut Inter selepas deretan keputusan hambar skuad kendalian Luciano Spaletti yang kini tujuh mata di belakang Napoli.

Penyerang Argentina Mauro Icardi hanya menonton dari tempat duduk penonton bersama isterinya Wanda Nara, yang juga ejennya, selepas dilucutkan daripada

tugas kapten susulan isu rundingan kontrak yang berlanjuta­n. – AFP

Dengan gelaran liga sudah boleh dianggap dalam genggaman, anak buah Tuchel, yang turut bermain kurang dua perlawanan berbanding Lille di tangga kedua, kini berpeluang mengatasi rekod sendiri 96 mata pada musim 2015-16. – AFP

 ??  ?? MBAPPE pacu PSG kekal pendahulu carta. PENYERANG Napoli Arkadiusz Milik
(kanan) cuba melepasi kawalan
Nicolas Nkoulou. PENYERANG Palace, Michy Batshuayi (kiri) berebut bola di udara dengan Paul Downing.
MBAPPE pacu PSG kekal pendahulu carta. PENYERANG Napoli Arkadiusz Milik (kanan) cuba melepasi kawalan Nicolas Nkoulou. PENYERANG Palace, Michy Batshuayi (kiri) berebut bola di udara dengan Paul Downing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia