Harian Metro

PALACE, WOLVES LEPASI HALANGAN

- AFP

London

Dua pasukan Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace dan Wolverhamp­ton Wanderers melangkah ke suku akhir Piala FA selepas masing-masing menewaskan pencabar liga bawahan dalam pusingan kelima, awal pagi semalam.

Palace menang 2-0 ke atas Doncaster Rovers, manakala Wolves menewaskan Bristol City 1-0. Dalam satu lagi saingan, menyaksika­n Swansea mengatasi Brentford 4-1.

Mereka kini mengiringi Manchester City, Brighton dan Watford ke suku akhir dengan juara bertahan, Chelsea menentang Manchester United awal pagi tadi.

Gol pada babak pertama Jeffrey Schlupp dan Max Meyer sudah cukup membuktika­n keupayaan Palace ketika bertembung di Yorkshire.

Rembatan Schlupp memecah kebuntuan disusuli tandukan kemas Meyer bagi memastikan pasukan kendalian Roy Hodgson itu melangkah.

Rovers mendapat banyak peluang di depan pintu gol lawan, namun perbezaan kualiti pemain menjadi pemisah ketara setiap kali berdepan penyudahan.

“Kami tahu jika dapat melepasi peringkat ini, kami ada peluang yang cerah untuk menuju

ke Wembley.

“Ini adalah kejohanan yang sangat istimewa dan saya berharap tuah undian pula selepas ini dengan bertemu pasukan yang tidak berapa kuat untuk peluang kami lebih cerah,” kata Schlupp kepada BBC.

Terdahulu, jaringan tunggal Ivan Cavaleiro cukup buat Wolves yang juga bekas juara empat kali Piala FA menamatkan penantian 16 untuk beraksi di suku akhir.

Bristol City memiliki peluang namun cubaan pemain tengah, Cavaleiro pada minit ke-28 menamatkan kehebatan mereka yang tidak tewas dalam 15 perlawanan sebelumnya.

“Saya sangat gembira dengan jaringan itu dan apa yang penting ia membawa kami ke peringkat seterusnya,” kata Cavaleiro kepada BT Sport. Pengurus

Wolves, Nuno Espirito Santo berkata: “Sangat sukar menembusi mereka apabila semua pemain berkubu di dalam kotak penalti dan kamu hanya boleh menaruh harapan menjaringk­an gol.”

Ditanya mengenai undian, jurulatih Portugal itu berkata: “Kamu perlu bersedia satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain. Saya gemar beraksi di gelanggang sendiri.

 Dua pasukan EPL tiada masalah singkir pasukan liga bawahan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia