Harian Metro

Siapa ganti Van Dijk?

- AFP

 Klopp bingung cari penganti pertahanan ‘layan’ Bayern

Benteng Liverpool sukar dirobek lawan sejak 13 bulan lalu apabila kelab itu menjadikan Virgil van Dijk

pertahanan termahal dunia, tetapi ketiadaan bek Belanda itu untuk perlawanan menentang Bayern Munich dalam aksi Liga

Juara-Juara membuatkan Jurgen Klopp sukar mencari pengganti.

Van Dijk digantung perlawanan untuk aksi 16 terakhir awal pagi esok selepas mengutip tiga kad kuning ketika naib juara tahun lalu itu lolos ke pusingan kalah mati hasil perbezaan jaringan berbanding Napoli.

Berbeza dengan prestasi di Liga Perdana Inggeris, di mana Liverpool hanya tewas sekali musim ini, anak buah Klopp tewas semua tiga perlawanan di tempat lawan menentang Napoli, Paris Saint-Germain dan Red Star Belgrade.

Tiga kemenangan di Anfield melayakkan mereka mara ke kelompok 16 terakhir dan Van Dijk masih belum tewas dalam

(gambar)

25 perlawanan Liga Perdana serta Liga Juara-Juara di laman sendiri sebagai pemain Liverpool, dengan 16 perlawanan tanpa bolos.

Selain pemain 75 juta pound (RM395.1 juta) itu, Liverpool turut kehilangan khidmat

Joe Gomez dan kemungkina­n

Dejan Lovren akibat kecederaan. Joel

Matip dan

Fabinho dijangka berganding­an untuk menyekat seorang lagi bekas anak didik Klopp – Robert Lewandowsk­i.

“Sudah tentu sejak bertahun-tahun dulu saya banyak menonton perlawanan Bayern termasuk musim ini juga,” kata Klopp.

“Mereka adalah juara enam kali berturut-turut Jerman, ia bukan sesuatu yang mudah, dan mereka salah satu daripada pasukan sepanjang 10 tahun lalu sering berada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia