Harian Metro

Barca bergelut tawan pentas Eropah

-

Barcelona: Dominasi domestik masih kukuh, namun Barcelona akhir-akhir ini dihantui kegagalan Liga Juara-Juara dan timbul kerisauan terhadap kelab Catalan itu menjelang pertemuan 16 terakhir di Olympique Lyonnais awal pagi esok.

Skuad kendalian Ernesto Valverde terbang ke Perancis selepas kemenangan 1-0 di laman sendiri ke atas kelab bergelut Real Valladolid Sabtu lalu yang mengukuhka­n kedudukan mereka sebagai pendahulu La Liga tetapi keupayaan Barca menguasai pentas Eropah diragui.

Kemenangan sukar ke atas Valladolid, di mana Lionel Messi menyempurn­akan satu daripada dua penalti, diikuti seri tanpa jaringan di Athletic Bilbao, terikat 2-2 dengan Valencia dan seri 1-1 dengan Real Madrid dalam separuh akhir Piala Raja Sepanyol, mencetus persoalan mengenai prestasi semasa Barca.

“Ada ketika anda tidak mampu tampil hebat pada setiap perlawanan, tetapi saya rasa pasukan ini sudah sedia untuk bermain pada prestasi terbaik mereka,” kata Valverde.

Pertahanan Barca, Gerard Pique bagaimanap­un lebih lantang menyuaraka­n

(gambar)

kelemahan pasukannya dan memberi amaran akibat yang bakal dihadapi sekiranya terus beraksi hambar.

“Kami bukan Barca seperti yang kami mahukan, keputusann­ya baik, tetapi tiada sensasi.

“Kami perlu menunjukka­n peningkata­n

Selasa ini atau kami akan menderita.

Jika kami tidak menggerakk­an bola

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia