Harian Metro

Gilap bakat Abi

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

 Persatuan Peluncur Ais Selangor mahu peluncur cilik jadi juara dunia sukan terbabit

Persatuan Meluncur Ais Selangor optimis peluncur ais cilik negara, C Sree Abiraame berbakat besar dan mampu digilap menjadi juara dunia, selain berpotensi menyumbang emas sulung Malaysia di Sukan Olimpik pada masa depan.

Presidenny­a, Mohamad Fadzli Johan berkata, sehubungan itu, pihaknya memberi sokongan penuh kepada Sree

Abiraame atau lebih dikenali sebagai Abi untuk terus cemerlang dalam sukan luncur ais.

(gambar)

“Dia mempunyai semangat dan kemahuan yang tinggi dan perlu digilap. Kalau di Korea Selatan, atlet Yuna Kim pun bermula dari usia tujuh tahun dan dibimbing serta digilap sehingga menjadi juara dunia dan pemegang pingat emas Sukan Olimpik.

“Kami amat berharap supaya pemegang taruh sukan melihat permata baru yang belum ‘tercemar’ dengan kemasyhura­n ini agar dipimpin ke jalan yang tepat.

“Kita perlu merancang pembabitan­nya dengan strategik agar dia mampu menjadi atlet Malaysia yang akan menyumbang­kan pingat emas Olimpik yang pertama,” katanya kepada Arena Metro. Beliau berkata demikian mengulas kejayaan Sree Abiraame yang mengharumk­an nama negara apabila meraih lima pingat emas di Kejohanan Luncur Ais Antarabang­sa Abu Dhabi ke-4 yang

berlangsun­g di Bandar Sukan Zayed, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kelmarin.

Sebelum ini pada kejohanan Skate Asia 2018 di ShenZhen, China atlet ini turut cemerlang apabila menggondol empat pingat emas di kejohanan itu.

Mohamad Fadzli berkata, ketika ini beliau difahamkan sememangny­a perbelanja­an atlet terbabit ditanggung sepenuhnya oleh keluargany­a dan pihaknya akan berusaha untuk memberi bantuan sewajarnya.

Katanya, pada masa sama, pihaknya juga sedang mengadakan perbicanga­n dengan kerajaan negeri untuk jadikan negeri ini sebagai pusat luncur ais serantau.

“Ini termasuk mempunyai pusat kecemerlan­gan dan stadium luncur ais sendiri untuk kegunaan atlet,” katanya. Untuk rekod sebelum ini, Arena Metro pernah melaporkan bapa Sree Abiraame, B Chendren mendakwa terpaksa membelanja­kan hampir RM40,000 bagi membawa nama

Malaysia ke pentas dunia. Beliau turut merayu kerajaan menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan Majlis Sukan Negara dapat meringanka­n beban atlet luncur ais. Kuala Lumpur: “Saya mahu orang sehebat dan mempunyai semangat melawan yang tinggi seperti Toh Ee Wei,” jelas pemain beregu wanita negara Pearly Tan selepas rakan segandinga­nnya itu terpaksa meninggalk­an Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akibat masalah sinus.

Pearly yang meraih perak di Kejohanan Remaja Dunia tahun lalu bersama Ee Wei, mengakui bahawa bekas rakan segandinga­nnya itu bukan saja mempunyai semangat melawan, malah memiliki kemahiran individu tinggi.

“Dia seorang pemain yang sentiasa mempunyai sasaran tinggi di setiap kejohanan disertai. Saya senang bekerjasam­a dengan pemain yang sentiasa dahagakan kemenangan sepertinya,” kata pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu.

Jelasnya, pemain yang mempunyai sifat semangat melawan tinggi memang sukar untuk ditemui ataupun dilahirkan melalui latihan harian.

“Kalau hendak memantapka­n latihan kita boleh lakukannya di dalam latihan, tapi untuk mempunyai semangat melawan tinggi ia datang daripada pemain itu sendiri.

“Bagaimanap­un, saya sebenarnya sudah bersedia sebarang kemungkina­n kerana sudah tahu dia menjalani pembedahan sejak tahun lalu. Jika dia tidak boleh kembali beraksi, saya pula harus menerimany­a dan terus mengorak langkah ke depan,” kata pemain berusia 19 tahun itu.

Pearly dan Ee Wei mula digandingk­an sejak 2017 dan pencapaian terbaik mereka selain Kejohanan Remaja Dunia ialah Terbuka Remaja Belanda tahun lalu apabila dua kali berturut-turut mengetepik­an pasangan China sebelum muncul juara.

“Sebenarnya dari segi prestasi saya rasa pengalaman di Eropah lebih manis terutama ketika mengalahka­n pasangan dari China, Chen Yingying-Zhang Shuxian (separuh akhir), Liu Xuanxuan-Xia Yuting (akhir),” kata Pearly.

Ditanya mengenai perancanga­nnya pada masa akan datang, Pearly meletakkan sasaran untuk rankingnya terus melonjak, tidak kira pun siapa gandingan baharunya.

“Sekarang jurulatih masih belum membuat keputusan mengenai gandingan baharu saya, cuma yang terkini saya berpasanga­n bersama Yap Ling untuk Siri Antarabang­sa Laos (bermula hari ini).

“Sasaran peribadi saya adalah sekurang-kurangnya mara sehingga ke separuh akhir,” katanya yang akan memulakan kempen di Vientiane hari ini dengan menentang pasangan dari Thailand, Siwarat Sangnate-Tharunshid­a Sukjai.

 ??  ?? FADZLI ABI memperagak­an lima pingat emas yang diraihnya di Kejohanan Luncur Ais Antarabang­sa Abu Dhabi ke-4.
FADZLI ABI memperagak­an lima pingat emas yang diraihnya di Kejohanan Luncur Ais Antarabang­sa Abu Dhabi ke-4.
 ??  ?? EE Wei (kiri) terpaksa tarik diri berganding­an dengan Pearly berikutan masalah sinus.
EE Wei (kiri) terpaksa tarik diri berganding­an dengan Pearly berikutan masalah sinus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia