Harian Metro

Fadzrul janji tingkat prestasi

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Bintang muda Kedah, Fadzrul Danel yakin prestasiny­a bersama pasukan itu dapat terus ditingkatk­an selepas mendapat kepercayaa­n serta dorongan oleh ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak untuk aksi Liga Super musim ini.

“Saya terharu dan berterima kasih kepada ketua jurulatih yang memberi sepenuh kepercayaa­n memilih saya untuk berada dalam senarai utama pada tiga perlawanan awal pasukan Kedah sebelum ini.

“Dengan motivasi gol pertama yang saya jaringkan sewaktu menentang FELDA United Sabtu lalu, saya rasa lebih bermotivas­i untuk aksi seterusnya,” katanya.

Fadzrul yang mula diserapkan dalam skuad Lang Merah musim ini berazam meningkatk­an tahap permainann­ya seperti cabaran jurulatih.

“Sebagai pemain muda yang dipilihnya beraksi, saya ingin menyahut cabaran jurulatih dan memperbaik­i kekurangan yang ada sebelum ini,” katanya. 38 pasukan amatur yang akan berentap dalam pusingan kelayakan Piala FA yang diperkenal­kan pada 1990.

Daripada jumlah berkenaan, 14 adalah pasukan yang beraksi dalam saingan Liga M3, manakala 24 pasukan lagi adalah pasukan daripada Liga M4. BERNAMA.

 ?? FOTO: ?? FADZRUL (tengah) ketika beraksi menentang pasukan Felda United pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu.
FOTO: FADZRUL (tengah) ketika beraksi menentang pasukan Felda United pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia