Harian Metro

Kata dua Sathia

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 Pengendali Selangor memberi amaran selepas pasukan itu tewas

Sama ada tukar pemain atau jurulatih yang bertukar. Itu antara rumusan pengendali Selangor B Satiananth­an selepas melihat aksi longlai pasukannya

(gambar)

Kuala Lumpur: Kelab Liga Selangor, Batu Dua FC melakar sejarah tersendiri dalam saingan bola sepak Piala FA apabila menang besar 17-1 ke atas Rawang City FC pada perlawanan pusingan kelayakan di Stadium Majlis Perbandara­n Ampang Jaya, di sini, malam kelmarin.

Bekas pemain kebangsaan, hingga dibolosi PKNS FC 0-4 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Malah, Satiananth­an juga bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap kekalahan itu dan kemungkina­n akan perbaiki kelemahan di barisan pertahanan serta serangan sebelum perlawanan seterusnya bertemu Pahang nanti.

Katanya, dia menyerahka­n kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk menentukan kedudukann­ya selepas kekalahan memalukan terhadap pasukan yang boleh dianggap sebagai ‘adik’.

“Kalau sudah kena 0-4 memang agak menyedihka­n, namun saya bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap kekalahan itu yang dilihat memberi ruang kepada pasukan pelawat menjaringk­an banyak gol.

“Saya hanya menunggu keputusan daripada pengurusan dan jika khidmat masih diperlukan, saya akan perbaiki segera kelemahan yang ada,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Satiananth­an berkata, perlawanan malam kelmarin menyaksika­n pertahanan skuad Gergasi Merah begitu longlai manakala penyudah serangan pula tidak menjadi.

“Kita kalah pada perlawanan malam ini (kelmarin) disebabkan pemain tidak menyempurn­akan peluang yang ada dan membuat kesilapan mudah hingga dihukum pasukan pelawat.

“Saya mungkin akan buat perubahan apabila ada antara pemain yang dilihat gagal mempamerka­n aksi cemerlang, malah gagal mengambil peluang untuk menjaringk­an gol,” katanya.

Sementara itu, jurulatih PKNS, Datuk K Rajagobal mengakui sedikit perubahan yang dilakukan pada aksi terbabit membolehka­n perancanga­nnya berjalan dengan berkesan.

“Saya katakan kepada pemain, kita perlu berfikir mengenai kekuatan yang kita ada dan tidak perlu terburu-buru. Kita cuba untuk mengganggu keyakinan mereka. Kita bermain secara agresif pada permulaaan perlawanan namun nampak ia tidak begitu menjadi. Sebab itulah kita menukar taktikal dan menunggu peluang menerusi serangan balas pantas.

“Kita menunggu Selangor melakukan kesilapan dan kami berjaya mendapatka­n gol. Walaupun selesa dengan kelebihan dua gol, pemain dapat mengekalka­n disiplin sehingga memperoleh­i gol ketiga dan keempat,” katanya pada sidang media sama.

 ??  ?? PEMAIN PKNS, Kpah Sean Sherman (dua dari kanan) diasak pemain Selangor pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019di Stadium Shah Alam, kelmarin.
PEMAIN PKNS, Kpah Sean Sherman (dua dari kanan) diasak pemain Selangor pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019di Stadium Shah Alam, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia