Harian Metro

Terjahan makan diri

-

 Danial dilayangka­n kad merah selepas jatuhkan pemain tuan rumah

Skuad bawah 22 (B-22) tahun negara menempah laluan berliku pada aksi pertama kempen Kumpulan B Piala LG B-22 AFF apabila tewas 0-1 di tangan Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh, di sini, malam tadi.

Kekalahan anak buah Datuk Ong Kim Swee itu meletakkan mereka kini pada kedudukan sukar untuk melepasi peringkat kumpulan dengan Malaysia wajib mencatatka­n kemenangan pada aksi kedua bertemu Indonesia petang esok.

Persiapan ala kadar tanpa lima pemain yang tidak mendapat pelepasan daripada kelab Liga Malaysia nyata menjejaska­n rentak skuad negara apabila dilihat bergelut di atas padang tiruan sepanjang 90 minit aksi itu.

Sebaik permainan bermula, Kemboja yang dibimbing Felix Dalmas lebih awal mendapat rentak dengan membuat percubaan awal menerusi Yeu Muslim pada minit kesembilan namun sempat dihalang pertahanan negara.

Peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-21 apabila penyerang kelab Jepun Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Abdul Razak melorongka­n bola kepada Shahrul Nizam Ros Hasni namun rembatanny­a melambung tinggi buat melegakan penyokong tuan rumah.

Seharusnya Kemboja sudah mendahului pada minit ke-35 menerusi tandukan Narong Kakada yang menerima hantaran lintang Ken Chansophea­k namun percubaany­a itu sedikit melewati tiang gol ketika Haziq Nadzli sudah pun tertewas.

Memasuki babak kedua, Kim Swee terpaksa membuat dua pertukaran dengan memasukkan Ariusdius Jais dan Nik Akif Syahiran Nik Mat bagi memperkuku­hkan jentera depan pasukan. Bagaimanap­un, tindakan melulu Danial Haqim

Draman

(gambar)

menjatuhka­n pemain tuan rumah di kawasan tengah padang akhirnya memakan diri apabila dia menerima kad kuning kedua, sekali gus dilayangka­n kad merah buat Malaysia beraksi dengan 10 pemain.

Sath Rosib yang diberi tanggungja­wab untuk mengambil sepakan percuma itu berjaya memecah kebuntuan apabila tendangann­ya dari tengah padang berjaya mengeliruk­an Haziq di minit ke-62.

Biarpun kekurangan seorang pemain, skuad negara tetap ampuh melancarka­n serangan namun kekentalan benteng pertahanan tuan rumah menyaksika­n mereka berjaya mengekalka­n jaringan untuk meraih tiga mata penuh. Sementara itu, dalam aksi terdahulu, Indonesia dan Myanmar terikat 1-1 dengan pemain negara tiada pilihan lain wajib memburu kemenangan ke atas skuad muda garuda selepas ini.

 ??  ??
 ??  ?? KESEBELASA­N utama skuad B-22 negara ketika bertemu Kemboja, semalam.
KESEBELASA­N utama skuad B-22 negara ketika bertemu Kemboja, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia