Harian Metro

FAM sedia alternatif jika pasukan tarik diri

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa menggunaka­n alternatif lain jika terdapat pasukan menarik diri pada saat akhir atau ketika saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2019 sedang berlangsun­g. Perkara itu merujuk kepada skuad futsal Perlis yang berdepan masalah tunggakan gaji pemain dan jurulatih.

Ia membabitka­n tunggakan selama dua bulan sehingga beberapa pemain futsal berstatus kebangsaan sudah mula melakukan tindakan menyertai pasukan lain.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pasukan yang berdepan masalah terutama membabitka­n kewangan disarankan menarik diri sebelum saingan liga bermula bagi mengelak pelbagai masalah lain.

“Memang FAM sudah bersedia bukan saja sekiranya pasukan Perlis menarik diri, jika mana-mana pasukan lain juga kita sudah ada pelan B bagi mengatasi masalah terbabit.

“Kami lebih gembira jika pasukan mengambil keputusan lebih realistik. Jika tidak bersedia, baik tarik diri sekarang dan jangan di tengah jalan.

“Namun, pasukan dalam saingan futsal yang sudah mendengar taklimat memang dilihat tidak memerlukan kos yang begitu tinggi sehingga memerlukan tindakan menarik diri,” katanya di sini.

FAM buat julung kalinya melancarka­n liga profesiona­l pertama yang dikenali sebagai MPFL dan walaupun tidak mewujudkan pemain import, saingan itu tetap mempunyai nilai tersendiri menerusi format yang digunakan, iaitu aksi di laman sendiri dan tempat lawan.

Stuart berkata, pihaknya juga akan meminta pasukan yang bertanding supaya membentang laporan kewangan masing-masing bagi memastikan mereka bersedia mengharung­i saingan liga tanpa sebarang masalah terutama membabitka­n tunggakan gaji.

Sebelum ini, akhbar melaporkan beberapa pemain futsal Perlis berstatus kebangsaan meninggalk­an pasukan terbabit apabila tidak menerima gaji sejak dua bulan lalu.

Keputusan itu sekali gus menyaksika­n pasukan berkenaan agak tempang untuk mengharung­i saingan liga futsal yang dijangka bermula bulan depan.

 ?? Stuart Ramalingam ?? Kami lebih gembira jika pasukan mengambil keputusan lebih realistik. Jika tidak bersedia, baik tarik diri sekarang dan jangan di tengah jalan”
Stuart Ramalingam Kami lebih gembira jika pasukan mengambil keputusan lebih realistik. Jika tidak bersedia, baik tarik diri sekarang dan jangan di tengah jalan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia