Harian Metro

Mana boleh minta KBS selesai hutang

- Nik Sukry Ramli sukanteam@nstp.com.my

Pekan: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menempelak persatuan bola sepak negeri yang bermasalah dan mengambil jalan mudah dengan memohon bantuan kementeria­n bagi menyelesai­kan isu tunggakan gaji pemain serta pegawai pasukan mereka.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tindakan itu sama sekali salah dan tidak adil kepada persatuan sukan dan bola sepak yang berjaya menguruska­n kewangan persatuan dengan baik.

“Tindakan sesetengah persatuan bola sepak negeri ini adalah sangat tidak adil... apabila mereka ada masalah, datang kepada KBS minta peruntukan... ini memang salah.

“Yang kedua, masalah yang dihadapi mereka (persatuan bola sepak) jadi mereka perlu selesaikan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Bengkel Pembaikan Struktur Pesawat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pekan, di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam memberi tempoh hingga Jumaat lalu kepada persatuan bola sepak yang mempunyai masalah tunggakan gaji menyediaka­n dokumen kewangan.

Antara pasukan itu adalah FELDA United, Perlis, Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Melaka United.

Syed Saddiq berkata, isu tunggakan gaji pemain dan pegawai bola sepak yang bersaing dalam Liga Malaysia bukan sesuatu yang baharu, malah ia permasalah­an yang sering didengari KBS saban tahun.

“Saya minta kerjasama FA negeri ambil serius perkara ini, ia berulang setiap tahun. Ambil pemain janji bayar gaji mahal pada awal musim tapi musim belum habis sudah tidak boleh bayar (gaji)...lepas itu beri alasan kita tak jangka perkara ini berlaku,” katanya.

Beliau berpendapa­t, ketidakcek­apan modul pengurusan perniagaan sesetengah persatuan bola sepak negeri menjadi punca kepada kegagalan persatuan membayar gaji pegawai dan pemain tepat pada masanya.

Katanya, KBS sedia berkolabor­asi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan persatuan bola sepak negeri bagi mencari jalan penyelesai­an berhubung isu yang sedang hangat melanda arena bola sepak negara.

Ditanya mengenai pembabitan pemain bola sepak dengan sindiket mengatur perlawanan atau bookie, Syed Saddiq berkata perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berwajib untuk menjalanka­n siasatan.

“Kalau ada masalah yang bertentang­an (sindiket mengatur perlawanan) biar undang-undang tentukan. Saya harap siasatan yang telus dapat dijalankan,” katanya.

 ?? FOTO: ?? SYED Saddiq (tengah) beramah mesra dengan pelajar dan tenaga pengajar ketika hadir merasmikan Bengkel Pembaikan Struktur Pesawat IKBN Pekan, semalam.
FOTO: SYED Saddiq (tengah) beramah mesra dengan pelajar dan tenaga pengajar ketika hadir merasmikan Bengkel Pembaikan Struktur Pesawat IKBN Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia