Harian Metro

Manja kerja percuma kerana pemain

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Kangar: Pengendali skuad Piala Presiden Singa Utara, Manja Man mengakui beliau berada dalam fasa bertahan bersama pasukan kendaliann­ya, meskipun tidak dibayar gaji hampir tiga bulan oleh pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Manja ketika dihubungi berkata, beliau mengibarat­kan dirinya sebagai ‘fisabilill­ah’ ketika mengendali­kan skuad itu tanpa menerima sebarang bayaran dan berharap ada sinar di kemudian

(gambar)

hari buat pasukannya.

Katanya, antara faktor utama dirinya masih bersama PFA adalah dasar hormat akan pemainnya yang masih mahu berjuang dengan kemelut yang membelengg­u mereka.

“Saya masih lagi dengan PFA meskipun gaji belum dapat, saya masih di sini bukan atas hormat pada mereka (pengurusan PFA) tapi pada pemain saya.

“Dan saya masih bertahan sehingga kini juga adalah sebab saya anak jati negeri ini bersama jurulatih penjaga gol pasukan saya (Ahmad Jazree Abd Ghani),” katanya.

Manja berkata, dia berharap pengurusan PFA tidak mengambil ringan kemelut yang melanda persatuan itu ketika ini.

“Untuk mendapat tempat dalam Liga Perdana bukannya mudah dan ia adalah satu kepercayaa­n oleh pengurusan liga terhadap negeri ini.

“Jadi saya berharap sangat pengurusan PFA tidak menipu barisan kejurulati­han dan pemain selain perlu menjaga nama baik negeri ini di mata peminat,” katanya.

Kelmarin, jurulatih skuad Perlis bawah 17 tahun, Akmal Rizal Ahmad Rakhli meletakkan jawatannya selepas hanya tiga bulan mengendali­kan pasukan itu.

Antara faktor utama Akmal melepaskan jawatannya adalah tidak dibayar gaji oleh PFA sejak Disember lalu, selain hilang kepercayaa­n terhadap pengurusan dalam mengendali­kan pasukannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia