Harian Metro

‘KALAULAH MEREKA ADA KETIKA ITU...’

- Oleh Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

menemui sesiapa di bahagian berkenaan.

“Kira-kira 10 minit, barulah ada petugas datang dan membuat pemeriksaa­n terhadap anak-anak saya," katanya ketika ditemui NSTP.

Suhaimis berkata, hal itu sepatutnya tidak berlaku apatah lagi keadaan mereka yang dalam kecemasan memerlukan bantuan perubatan segera.

“Selepas diperiksa, mereka maklumkan anak saya semuanya sudah tiada dan tidak dapat diselamatk­an.

"Saya menerima pemergian mereka, tapi kalau boleh, saya berharap perkhidmat­an klinik ini dapat diperbaiki di masa hadapan. Jangan nanti, akan ada lagi yang menerima perkhidmat­an lewat seperti apa yang saya lalui," katanya.

Sementara itu, mengimbas kembali detik terakhir dengan tiga anaknya, Suhaimis berkata, dia hanya sempat makan tengah hari bersama ketiga-tiga anaknya itu.

“Sebelum itu, saya baru pulang dari memukat ikan di sungai dan kami makan tengah hari bersama.

“Kemudian, mereka ada meminta duit poket dan saya berikan sebelum mereka ke satu majlis kahwin di rumah berdekatan. Tapi, tidak sangka pula mereka lemas di kolam terbiar itu,” katanya.

Dalam kejadian kirakira 2 petang, Jumaat lalu, tiga anaknya Mohd Faisal Effendy, 6, Mohd Shafie Ilham, 8, dan abangnya Mohd Shafik Ikram, 10, lemas di kolam ikan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia