Harian Metro

Cemas dalam kedai

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

 Penyamun serbu masuk acu pisau sebelum samun pelanggan

Tindakan nekad penjenayah merompak sebuah kedai menjual pakaian di Jalan Getah di sini tengah hari kelmarin mencetuska­n cemas dalam kalangan pelanggan premis berkenaan.

Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari itu, seorang pelanggan wanita berusia 30-an turut kehilangan barang kemas bernilai kira-kira RM3,000 dilarikan suspek.

Bagaimanap­un, adegan pergelutan mangsa dengan suspek sempat dirakam dengan kamera litar tertutup (CCTV) sebelum menjadi tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superinten­dan Awang Alfian Awang Bujang berkata, kegiatan jenayah itu dipercayai dilakukan dua suspek lelaki menggunaka­n senjata tajam.

Katanya, salah seorang suspek masuk ke dalam premis itu sebelum mengacukan pisau ke arah mangsa.

“Selepas berjaya merampas barang milik mangsa, kedua-duanya beredar meninggalk­an lokasi kejadian dengan sebuah kereta dipercayai menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

“Suspek dikatakan tidak semena-mena mengacukan pisau menyebabka­n mangsa ketakutan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Awang Alfian berkata, polis sedang mengenal pasti berdasarka­n keadaan fizikal suspek yang dirakam melalui rakaman CCTV berkenaan.

“Ia kes pertama seumpamany­a berlaku di Sarikei tahun ini Polis akan melakukan siasatan lebih terperinci bagi memburu kedua-dua suspek,” katanya.

 ?? Awang Alfian ?? Selepas berjaya merampas barang milik mangsa, kedua-duanya beredar meninggalk­an lokasi kejadian dengan sebuah kereta dipercayai menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu” RAKAMAN video perompak bersenjata­kan pisau di sebuah premis pakaian di Jalan Getah, Sarikei.
Awang Alfian Selepas berjaya merampas barang milik mangsa, kedua-duanya beredar meninggalk­an lokasi kejadian dengan sebuah kereta dipercayai menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu” RAKAMAN video perompak bersenjata­kan pisau di sebuah premis pakaian di Jalan Getah, Sarikei.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia