Harian Metro

Peniaga daging babi parah ditetak

-

Sandakan: Polis menahan seorang lelaki berusia 49 tahun yang menetak peniaga daging khinzir dalam kejadian pergaduhan di Pasar Karamuntin­g, di sini, pagi kelmarin.

Kejadian jam 9.15 pagi itu difahamkan bermula dengan pertengkar­an mulut antara kedua-dua lelaki terbabit sebelum tiba-tiba bertukar ganas.

Insiden berkenaan sempat dirakam pengunjung pasar yang ketakutan selepas melihat suspek meluru ke gerai sayur untuk mengambil parang dan terus menyerang mangsa.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang berusia 39 tahun mengalami kecederaan di kepala, tangan dan badan akibat ditetak oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hanim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam 9.30 pagi sebelum mengerahka­n sepasukan polis ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik sampai di lokasi, kedua-dua lelaki terbabit masih berada di tempat kejadian dan polis segera menahan suspek.

“Pergaduhan hanya membabitka­n dua individu dan polis masih menjalanka­n siasatan punca sebenar kejadian sehingga suspek bertindak menetak mangsa.

“Polis turut merampas parang pemotong daging yang digunakan suspek ketika tiba di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

 ??  ?? LELAKI tetak peniaga daging babi dalam pergaduhan di Pasar Karamuntin­g kelmarin, ditahan.
LELAKI tetak peniaga daging babi dalam pergaduhan di Pasar Karamuntin­g kelmarin, ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia