Harian Metro

Pastikan RTP ikut spesifikas­i

-

Miri: Sarawak memantau rapi semua projek dilaksanak­an di bawah Projek Transfomas­i Luar Bandar (RTP) bagi memastikan­nya mengikut spesifikas­i ditetapkan.

Malah, kerajaan negeri tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana kontraktor atau pembekal yang culas, termasuk mengabaika­n tanpa piawaian ditetapkan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin berkata, setiap projek diluluskan juga harus menepati jadual pelaksanaa­n ditetapkan.

Katanya, setiap ketua masyarakat atau ketua kampung perlu membantu kerajaan negeri menjadi ‘mata dan telinga’ memantau projek RTP di kawasan masing-masing.

“Jika projek berkenaan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, maklumkan kepada wakil rakyat di kawasan mereka.

“Kita mahu setiap dana digunakan untuk projek l berkenaan digunakan sebaik mungkin tanpa penyelewen­gan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Kim Shin berkata, adalah menjadi tanggungja­wab semua lapisan masyarakat membantu kerajaan memastikan projek RTP dilaksanak­an dengan jayanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia