Harian Metro

Pencari kerja perlu lebih berhati-hati

-

Pencari kerja dinasihatk­an lebih berhati-hati ketika mencari pekerjaan kerana ada pelbagai kaedah

melakukan penipuan untuk mendapatka­n keuntungan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, kes tipu seperti yang berlaku kepada 47 rakyat Malaysia yang diperdaya di Kemboja sering berlaku di negara ini.

“Saya minta, supaya lebih berhati-hati kerana di luar sana banyak

menipu untuk tujuan mendapatka­n keuntungan kerana inilah modus operasi mereka.

“Ini cara mereka memungut keuntungan dan difahamkan salah seorang mangsa rakyat Sabah mengatakan dia dikenakan bayaran AS$300,” katanya ketika ditemui media selepas menyambut tiga rakyat Sabah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA), kelmarin.

Chong Su Kyun, 37, dari Kota Marudu manakala Jeffrydean Jude, 19, dan Philip Ho Chee Chin, 25, masing-masing dari Keningau tiba di KKIA pada jam 11.25 malam menerusi penerbanga­n dari Kuching, semalam.

 ??  ?? MOHD Azis memperkata­kan sesuatu kepada (dari kiri) Philip, Jeffrydean dan Chong ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu.
MOHD Azis memperkata­kan sesuatu kepada (dari kiri) Philip, Jeffrydean dan Chong ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia