Harian Metro

‘Lain kali beritahu ibu bapa’

-

Kuching: Majoriti 40 rakyat negeri ini yang diperdaya sindiket pemerdagan­gan manusia antarabang­sa hingga dipenjarak­an selama 65 hari di Kemboja didapati tidak memaklumka­n ibu bapa masing-masing mengenai pemergian mereka ke negara itu untuk ‘bekerja’.

Ia secara tidak langsung menimbulka­n tanda tanya sama ada mangsa ‘dinasihatk­an’ merahsiaka­n pemergian mereka ke negara berkenaan oleh sindiket berkaitan atau bimbang sekiranya impian mendapatka­n gaji lumayan berkecai kerana tidak mendapat keizinan ibu bapa mereka.

Ini didedahkan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, hasil pertemuan dengan 40 daripada 47 mangsa berkenaan yang berasal dari negeri ini.

Katanya, kebanyakan mangsa berkenaan berusia 18 hingga 24 tahun yang berasal dari kawasan pedalaman dan luar bandar, selain memiliki latar belakang keluarga kurang berkemampu­an.

“Kita memahami mereka mahu memburu impian, namun biarlah menggunaka­n saluran betul agar tidak menjadi mangsa sindiket jenayah, termasuk aktiviti penyeludup­an dan pemerdagan­gan manusia.

“Ini soal keselamata­n, kena beritahu ibu bapa ke mana kita mahu pergi atau bekerja, apa kerja kita buat dan siapa majikan kita. Namun, apa yang berlalu dalam insiden ini, kebanyakan­nya tidak memberitah­u ibu bapa pemergian mereka ke sana (Kemboja),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Galeri Ranee Margaret di Old Court House di sini, semalam.

Fatimah ketika mengulas lanjut berkata, jangan sesekali mudah terpengaru­h dengan tawaran kerja bergaji lumayan terutama di luar negara yang tidak diketahui kesahihann­ya.

“Mungkin mereka tidak mahu keinginan bekerja di luar negara dengan dibayar gaji lumayan sekurang-kurangnya AS$1,000 (RM4,083) dihalang ibu bapa mereka. Maklumlah bekerja di luar negara pastinya mengundang rasa bimbang ibu bapa.

“Ternyata kebimbanga­n ibu bapa berasas kerana ketika mereka dipenjara selama dua bulan, ibu bapalah yang sentiasa mendoakan kepulangan mereka kembali ke pangkuan keluarga semula,” katanya.

 ??  ?? TAHANAN Kemboja Brenda Willitinni­e Winston (kanan) bersama ibunya Julie Lala
Jubang (kiri) merakam kenangan bersama Fatimah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa
Kuching.
TAHANAN Kemboja Brenda Willitinni­e Winston (kanan) bersama ibunya Julie Lala Jubang (kiri) merakam kenangan bersama Fatimah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia