Harian Metro

Anggota PLUS Ronda maut dirempuh treler

-

Seorang anggota PLUS Ronda maut selepas kenderaan dinaiki dirempuh treler membawa muatan ayam di Kilometer 204.1 Lebuhraya PLUS arah selatan di sini, semalam.

Aziz Siraj, 49, berasal dari Muar, Johor, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka akibat pendarahan dalam perut, patah kaki kiri dan kanan serta patah tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superinten­dan A Asmadi Abd Aziz berkata, kejadian jam 8.15 pagi dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu rakan setugas mangsa, Hamid Bahsar, 52, dirempuh treler 10 tan yang membawa muatan ayam hidup.

Katanya, ketika kejadian kenderaan milik PLUS Ronda itu berhenti di lorong kecemasan di arah selatan, sebelum tiba-tiba dirempuh dari belakang.

“Treler yang merempuh pacuan empat roda itu kemudian terbabas ke kanan dan terbalik merentangi ketiga-tiga lorong di laluan bersebelah­an.

“Kejadian menyebabka­n kesesakan empat jam akibat laluan ke arah utara hanya boleh menggunaka­n laluan kecemasan saja,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Aziz yang parah dihantar ke Hospital Melaka dengan ambulans untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Hamid dan pemandu treler, Mohd Hairey Khamis, 34, yang hanya cedera ringan turut dirawat di hospital sama.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa yang dirempuh treler membawa muatan ayam, semalam.
KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa yang dirempuh treler membawa muatan ayam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia