Harian Metro

Badul kini dilapor stabil

-

Kuala Lumpur: “Terima kasih kerana masih ingat saya,” kata pelakon, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul, 70, kepada semua individu yang datang melawatnya di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), di sini, sejak dia dirawat di situ, Ahad lalu.

Isterinya, Maizatul Osman, 39, ketika dihubungi berkata, suaminya gembira dan kini dilaporkan stabil.

Maizatul berkata, suaminya juga akan menjalani satu lagi prosedur pembedahan dan

akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.

“Alhamdulil­lah, abang (Badul) sedang berehat. Dia dalam keadaan stabil. Doktor pun sudah buat pemeriksaa­n dan abang dijangka dipindahka­n ke wad biasa,” katanya.

Maizatul berkata, Badul juga terharu apabila pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) datang melawat dan memberi sumbangan kepadanya, petang kelmarin.

Menurutnya, petang semalam Badul turut dikunjungi Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) Datuk DJ Dave, penyanyi Datuk Nash dan Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk Zahod Md Arif.

Badul dimasukkan ke CCU jam 4 petang, Ahad lalu akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.

Sementara itu, Dave berkata, Badul menunjukka­n reaksi positif dan kelihatan ceria ketika mereka melawatnya.

 ??  ?? DAVE (tengah) ketika melawat Badul, semalam.
DAVE (tengah) ketika melawat Badul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia