Harian Metro

22 GRO, 16 lelaki ditahan

-

Seramai 22 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di tiga pusat hiburan sekitar Lembah Klang, semalam.

Dalam operasi sama, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor turut menahan 16 lelaki warga asing termasuk bekerja di pusat hiburan berkenaan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi oleh Bahagian Penguatkua­sa itu bermula jam 8 malam hingga 1 pagi semalam di sekitar Puchong, Petaling Jaya dan Seri Kembangan.

Katanya, mereka yang ditahan berusia 19 hingga 35 tahun membabitka­n 12 wanita Thailand, Vietnam (5), Laos (1) dan masing-masing dua Indonesia dan Filipina manakala lelaki pula membabitka­n 15 warga Bangladesh dan seorang warga Nepal.

“Dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Puchong, 13 warga asing diperiksa membabitka­n pekerja serta pelanggan dan semuanya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Di lokasi kedua di sebuah kelab malam di Petaling Jaya pula seramai 32 individu diperiksa dan JIM Selangor menahan 23 warga asing atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Mohamad Shukri berkata, seramai dua warga asing pula ditahan dalam serbuan ketiga di sebuah pusat karaoke di Seri Kembangan.

Katanya, ketika serbuan dijalankan ada antara warga asing berkenaan enggan memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Bagaimanap­un, mereka berjaya ditahan anggota penguat kuasa JIM Selangor yang sudah memantau pergerakan mereka,” katanya.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 51(5)(b), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgu­nakan pas.

 ??  ?? WANITA GRO yang ditahan dalam serbuan ke atas tiga pusat hiburan.
WANITA GRO yang ditahan dalam serbuan ke atas tiga pusat hiburan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia