Harian Metro

Mujur tak jadi ‘santapan’ buaya

-

Sarikei: “Syukurlah...gigitan hanya terkena pada tangan, bukan kaki. Jika kaki digigit pasti saya sudah diheret ke dalam sungai...lemas, seterusnya dibaham,” kata Peter Wee Chee Kiong, 20, mangsa serangan buaya di muara Sungai Lepa, di sini, kelmarin.

Dia yang nyaris maut menganggap tuhan memberikan peluang kedua baginya untuk hidup selepas menempuh detik cemas diserang reptilia berkenaan.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari menyebabka­n mangsa dari Kampung Belabau, parah di kedua-dua belah pergelanga­n tangan dan dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.

“Ketika kejadian saya sedang membersihk­an kasut di tebing sungai sejurus pulang menangkap ketam. Buaya tiba-tiba muncul dari tepi perahu dan terus menyerang saya.

“Buaya itu cuba tarik saya ke dalam sungai, mujur saya sempat lepaskan tangan lalu lari untuk menyelamat­kan diri,” katanya.

Katanya, buaya yang menyerangn­ya itu dianggarka­n berukuran lebih empat me- ter panjang.

“Saya juga bernasib baik kerana penduduk mendengar jeritan datang membantu. Ya, memang saya kerap ke Sungai Lepa mencari lokan namun sebelum ini tidak pernah menempuh detik cemas seperti itu.

“Malah saya tidak jangka

 ?? Peter ?? PETER cedera ditangan diserang buaya. Buaya itu cuba tarik saya ke dalam sungai, mujur saya sempat lepaskan tangan lalu lari untuk menyelamat­kan diri”
Peter PETER cedera ditangan diserang buaya. Buaya itu cuba tarik saya ke dalam sungai, mujur saya sempat lepaskan tangan lalu lari untuk menyelamat­kan diri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia