Harian Metro

Bayaran RM100 kategori bujang

-

 Individu berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018 terima bantuan hujung Mac depan

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, bayaran berkenaan akan dibuat pada hujung Mac depan dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.

Menurutnya, bayaran ini akan memanfaatk­an lebih tiga juta individu dan membabitka­n peruntukan RM300 juta.

“Berdasarka­n keputusan Kabinet pada tahun lalu, kerajaan menyediaka­n BSH pada tahun ini dengan mengutamak­an keluarga dan menyediaka­n kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan.

“Bagaimanap­un, Perdana Menteri menekankan isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperlu­an dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Guan Eng berkata, ini sebabnya bayaran BSH RM300 dibayar pada 28 Januari lalu kepada semua isi rumah yang berkeluarg­a sungguh pun masih berdasarka­n pangkalan data lama yang belum dikemas kini.

“Tambahan, Timbalan Presiden Pakatan Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaranka­n supaya turut dibantu anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi berpendapa­tan kecil.

“Lantaran saranan ini dan sebagai menepati hasrat kerajaan berjiwa rakyat yang berkepriha­tinan, Kementeria­n Kewangan sebagai permulaan akan membuat bayaran RM100 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018,” katanya.

Berhubung bayaran selanjutny­a, beliau berkata, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangk­an kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamad­kan.

Katanya, sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubung­i talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia