Harian Metro

Lelaki dijel sembilan bulan curi ayam jantan jiran

-

Gara-gara cuba mencuri seekor ayam jantan milik jirannya, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan di Mahkamah Majistret, semalam.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Ahmad Faizol Hashim, 30, dari Kampung Pengkalan Arang, Kuala Nerus mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 511 KK.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa cuba mencuri seekor ayam jantan milik Muhammad Rafeqhul Syazwan Yusof, 23, di tepi sebuah rumah di Kampung Pengkalan Arang, Kuala Nerus, jam 12.30 tengah malam pada 16 Februari lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh yang memiliki beberapa rekod jenayah sebelum ini tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa yang berada di rumah ada ternampak dan dimaklumka­n anak saudaranya mengenai kehadiran dua lelaki berlegar di kawasan rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia