Harian Metro

Pukul budak lekat gula-gula getah pada kereta

-

Taiping: Kanak-kanak yang dipukul dan dimarahi seorang lelaki dalam satu rakaman video yang tular di media sosial sejak kelmarin, dikenal pasti penghuni sebuah rumah kebajikan.

Polis juga mengesahka­n hasil siasatan awal mendapati tindakan lelaki berkenaan berbuat demikian kerana dipercayai berang selepas kanak-kanak terbabit meletakkan gula-gula getah pada keretanya.

Video berdurasi dua minit 10 saat itu memaparkan tindakan lelaki terbabit memukul seorang kanak-kanak lelaki di depan sebuah kereta.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah kebajikan terbabit dan polis ada menerima laporan mengenai kejadian itu malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Superinten­dan Razlam Ab Hamid berkata, seorang pengguna Facebook (FB) melaporkan melihat video berkenaan di media sosial pada jam 8.30 malam, kelmarin.

Menurutnya, video yang dikongsi oleh seorang pengguna FB lain itu menunjukka­n seorang kanak-kanak sedang dipukul.

“Berdasarka­n siasatan awal yang dibuat, kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di bandar ini dan mangsa juga adalah penghuni rumah berkenaan,” katanya.

 ??  ?? VIDEO yang tular lelaki pukul budak lekat gula-gula getah pada kereta.
VIDEO yang tular lelaki pukul budak lekat gula-gula getah pada kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia