Harian Metro

QSR Brands disenarai semula di Bursa Malaysia

-

Cadangan penyenarai­an semula QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) di Bursa Malaysia berjalan mengikut jadual dan pengendali restoran makanan popular

Kentucky Fried Chicken (KFC) itu dijangka disenaraik­an semula pada separuh pertama tahun ini, demikian menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil.

“Ya,” jawabnya ringkas apabila ditanya sama ada penyenarai­an semula syarikat itu berjalan dengan baik dan akan berlaku pada separuh pertama tahun ini.

Bagaimanap­un, Mohamed Azahari enggan memperinci­kan perkara itu dan meminta menunggu pengumuman daripada Pengerusi syarikat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pemeteraia­n Memorandum Perjanjian (MoA) antara QSR Stores Sdn Bhd dan Aspen Entity Sdn Bhd di sini, semalam.

QSR Stores adalah anak syarikat milik penuh QSR Brands manakala Aspen Entity adalah anak syarikat HCK Capital Group Bhd.

Turut hadir, Ketua Pegawai Elsekutif Bahagian Hartanah HCK Properties Sdn Bhd, Foong Peng Yew dan Ketua Pegawai Operasinya, Dr Dennis Ling.

Oktober tahun lalu, syarikat itu memfailkan draf prospektus cadangan penyenarai­an semula sahamnya di Suruhanjay­a Sekuriti (SC) yang mana menawarkan 1.465 bilion saham untuk dijual dalam tawaran awam permulaan (IPO), termasuk terbitan awam 70 juta saham baharu QSR Brands.

 ??  ?? MOHAMED Azahari
MOHAMED Azahari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia