Harian Metro

Dua pesawat aerobatik tentera udara India bertembung di udara

-

Bangalore, India: Seorang juruterban­g terbunuh manakala dua lagi cedera selepas dua pesawat tentera udara India bertembung di udara dan terhempas ketika berlatih untuk pertunjuka­n akrobatik di negeri Karnataka, semalam.

Kementeria­n Pertahanan India mengesahka­n dua pesawat Hawk daripada Pasukan Pertunjuka­n Aerobatik Surya Kiran terhempas dekat pangkalan udara Yelahanka.

Menurut saksi, dua pesawat itu melayang-layang tidak terkawal selepas pertembung­an sebelum terhempas dengan api menjulang tinggi berdekatan kawasan perumahan.

Seorang penduduk cedera terkena serpihan manakala dua juruterban­g yang berjaya melonjak keluar, juga cedera.

Pasukan aerobatik itu dijadual melakukan persembaha­n untuk Aero India 2019, pameran udara lima hari yang dijangka menarik kira-kira 500 firma penerbanga­n India dan asing serta kontraktor pertahanan.

Ia adalah nahas kedua membabitka­n tentera udara India bulan ini, selepas pesawat latihan Mirage 2000 terhempas di Bangalore pada 1 Februari lalu, membunuh dua juruterban­g. - AFP

 ??  ?? PENYIASAT tentera udara India di kawasan pesawat Hawk yang terhempas di Bangalore, semalam. Gambar kecil, pesawat Hawk Pasukan Pertunjuka­n Aerobatik Surya Kiran. - AFP (fail)
PENYIASAT tentera udara India di kawasan pesawat Hawk yang terhempas di Bangalore, semalam. Gambar kecil, pesawat Hawk Pasukan Pertunjuka­n Aerobatik Surya Kiran. - AFP (fail)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia