Harian Metro

Bangga sikap adik

-

Lahir dan membesar dalam keluarga yang memiliki 10 beradik, ikatan kasih sayang dibina ternyata sangat utuh.

Limpahan kasih daripada ibu bapa juga sama rata dan tidak pernah dirasa antara mereka ada yang mendapat lebih.

Itulah pengakuan ikhlas penyanyi lagu Setiaku Pasti, Fara Hazel, 23, mengenai kasih sayang ibu bapa dan adik-beradiknya.

Ia sekali gus menjawab persoalan perasaan Fara terhadap sikap adiknya, penyanyi popular Aiman Tino, 21, terhadap keluarga mereka.

Apatah lagi, Aiman baru-baru ini menghadiah­kan restoran baru yang juga cawangan kedua untuk diuruskan orang tua mereka.

“Saya memang tidak pernah terasa hati siapa mendapat perhatian lebih dalam keluarga besar kami kerana layanan tetap sama rata.

“Setakat ini, ayah dan ibu menyayangi kami dengan penuh kasih sayang dan hubungan pun sangat rapat. Sebagi kakak, saya bangga dengan sikap tanggungja­wab Aiman yang sanggup berkongsi rezekinya untuk keluarga.

“Sikapnya yang sentiasa murah hati memberi hadiah kepada ibu bapa kami adalah tindakan wajar seorang anak lelaki,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia