Harian Metro

KELUARGA sumber ilham

-

Pengalaman suka, duka dan kerinduan bersama keluarga mencetuska­n ilham kepada pelukis, Anasuha Suhairi (gambar) untuk membawakan tema melalui Siri Rasa dalam merakam figura insan tersayang melalui karyanya.

Sebanyak enam lukisan dihasilkan Anasuha dalam Akar iaitu pameran seni julung kali diadakan artis residensi Rumah Seni Selangor (RUsSEL) di Petaling Jaya, Selangor.

Residensi RUsSEL adalah program yang menempatka­n pelukis atau pengukir bagi menjalani proses berkarya selama lima bulan. Hasil karya mereka akan dipamerkan sebaik program berakhir. Dua lagi artis residensi adalah Arina Kiswantoh dan Mat Ramli Mansor.

Menurut Anasuha, perkara subjek dalam siri berkenaan rata-rata diambil daripada sumber yang terdekat di sekeliling­nya iaitu ahli keluarga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia