Harian Metro

Songket masih kuasai fesyen pengantin

-

Fesyen pengantin kini pantas berubah mengikut peredaran semasa. Jika 20 tahun dahulu songket menjadi pilihan utama pengantin, tetapi secara perlahan-lahan ia diganti dengan fabrik lebih moden tidak kurang menariknya seperti renda, sutera dan sifon yang mampu memberikan penampilan mewah kepada raja sehari.

Namun, songket masih menguasai fesyen pengantin dan tetap digemari. Ia masih berjaya mengekalka­n kedudukann­ya meskipun dunia fesyen pengantin kini dibanjiri pelbagai jenis fabrik moden yang begitu menyerlah namun songket tetap menjadi pilihan mempelai yang ingin tampil anggun dengan gaya tradisiona­l.

Ini dapat dilihat apabila ramai mempelai memilih persalinan songket untuk acara persanding­an atau majlis berinai kerana berasakan mereka akan kelihatan lebih manis dan sopan dengan busana tradisi ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia