Harian Metro

PELINDUNG TABIR SURIA

-

Pendedahan kepada sinaran ultraungu (UV) matahari dalam tempoh panjang menjadi penyebab kepada masalah kulit. Antaranya kulit kering, kusam, jerawat, jeragat sehingga kepada kanser kulit.

Justeru, pemakaian pelindung tabir suria boleh dikatakan rutin wajib bagi setiap orang bagi mengelakka­n tanda penuaan dan kerosakan kulit akibat sinar UV.

NSA Beauty baru-baru ini melancarka­n krim pelindung tabir suria Ainaa Sunscreen SPF50+ khusus untuk memberi perlindung­an matahari khusus untuk mereka yang sering terdedah dengan aktiviti luar termasuk melakukan aktiviti rekreasi luar, ke pantai dan sebagainya.

Produk itu diformulas­i dengan tekstur yang ringan, bebas minyak dan sesuai untuk muka atau badan.

Ia juga membantu melembapka­n kulit sementara memberi perlindung­an terbaik terhadap selaran matahari dan tanda penuaan pramatang.

 ??  ?? ELAK kulit kering
ELAK kulit kering

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia