Harian Metro

ARENA FERRARI MENGGEGAR

- Reuters

 Sesi latihan Vettel hampir sempurna, catat masa terpantas

Sesi latihan hari pertama pasukan Formula Satu, Ferrari sudah semakin hampir sempurna, kata Sebastian Vettel selepas dia berjaya mencatat masa terpantas, selain melengkapk­an jumlah pusingan lebih banyak berbanding pelumba lain.

Juara dunia empat kali itu melengkapk­an 169 pusingan di Litar Catalunya di Barcelona dan pemandu Jerman itu tidak menyembuny­ikan kegembiraa­nnya.

“Sukar dipercayai. Saya rasa jentera kami mantap. Tidak ada sebab untuk kami memperlaha­nkan kelajuan jentera. Kami berjaya melengkapk­an program mengikut apa yang dirancang,” katanya kepada wartawan.

“Secara peribadi, saya masih lagi sedikit berkarat kerana sudah beberapa bulan tidak memandu tetapi ia semakin baik. Saya berjaya melakukan banyak pusingan hari ini,” kata Vettel.

“Tidur saya pasti lebih lena malam ini. Jentera kami berada dalam keadaan baik dan saya gembira. Ia berlaku seperti yang saya mahukan dan justeru saya sangat gembira.

“Saya rasa kami perlu berterima kasih kepada semua yang terbabit menghasilk­an jentera ini di kilang... bagai- mana mereka menyiapkan jentera mengikut peraturan dan apa yang mereka hasilkan hari ini sudah boleh dianggap hampir sempurna.”

Ferrari berdepan keadaan tidak menentu musim lalu dan pengetua baharu, Mattia Binotto dibawa masuk bagi menggantik­an Maurizio Arrivabene yang memilih untuk meninggalk­an pasukan.

Perubahan itu turut membabitka­n sikap pasukan dengan Ferrari dilihat lebih terbuka berbanding era kepemimpin­an Arrivabene.

Binotto memiliki pengalaman luas bersama Ferrari dan Vettel berkata, secara dasarnya, hala tuju pasukan tetap sama.

“Beliau sudah lama bersama pasukan dan mengenali kami semua. Justeru, pelantikan beliau bukan sesuatu yang mengejutka­n,” kata Vettel.

“Apa yang ketara ialah semua kakitangan di semua bahagian kelihatan lebih positif, seronok dan fokus terhadap tugas masing-masing.

“Untuk bekerja di dalam situasi serta senario ini adalah sesuatu yang sangat menyeronok­kan.”

 ??  ?? VETTEL
BINOTTO
VETTEL BINOTTO
 ??  ?? VETTEL lengkapkan 169 pusingan ketika sesi latihan di Litar Catalunya di Barcelona.
VETTEL lengkapkan 169 pusingan ketika sesi latihan di Litar Catalunya di Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia