Harian Metro

P ADA UNSUR PENIPUAN

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

olis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung 47 rakyat negara ini didakwa ditipu sebuah agensi pekerjaan dan menjadi mangsa sindiket pemerdagan­gan manusia antarabang­sa di Kemboja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, setakat ini pihaknya menerima empat laporan daripada mangsa.

Beliau menjelaska­n semua laporan berkenaan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

“Siasatan dibuat kerana ada unsur penipuan membabitka­n mangsa dan ejen pekerjaan menawarkan kerja di Kemboja.

“Kami menggesa mangsa yang terbabit tampil membuat laporan bagi membantu siasatan dan mengesan individu serta pihak terbabit dalam kes ini,” katanya.

Pada 11 Disember lalu, 47 rakyat Malaysia membabitka­n 40 dari Sarawak dan masingmasi­ng tiga dari Sabah serta Selangor serta seorang dari Kuala

Lumpur ditahan pihak berkuasa Kemboja.

Semua rakyat Malaysia itu ditahan pihak berkuasa tempatan di dua rumah berasingan di Poipet dalam Wilayah Banteay Mancheay, kira-kira 446 kilometer ke utara Phnom Penh.

Difahamkan, serbuan itu atas maklumat risikan mengenai aktiviti perjudian atas talian di kedua-dua premis berkenaan.

Susulan itu semua rakyat Malaysia berkenaan ditahan di Penjara Wilayah Banteay Mancheay untuk membantu siasatan.

Hasil rundingan dijalankan antara

Kerajaan Kemboja dan

PDRM buka kertas siasatan, gesa mangsa terbabit sindiket pemerdagan­gan manusia di Kemboja buat laporan bantu siasatan

wakil Wisma Putra, semua rakyat Malaysia terbabit dibebaskan.

Mereka kemudian dibawa pulang ke tanah air menggunaka­n pesawat sewa khas oleh Kerajaan Sarawak yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK), Ahad lalu.

Mustafa berkata, PDRM memantau perkembang­an kes dan siasatan sedang dijalankan.

“Antara yang menjadi keutamaan kami adalah mengenal pasti dari mana mangsa memperoleh iklan berkenaan hingga mereka menjadi mangsa penipuan,“katanya.

Sementara itu,

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah mengingatk­an orang ramai agar lebih berhati-hati jika ditawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan.

Fatimah berkata, pengalaman sebagai tahanan di penjara asing perlu dijadikan pengalaman berguna agar tidak mudah mempercaya­i janji yang disifatkan terlalu bagus.

“Masing-masing mangsa mempunyai kisah dan alasan mereka sendiri mengapa tidak memaklumka­n pemergian ke negara asing,“katanya.

 ?? V ?? NURMADIANA Mohd Hamzah mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai yang menanti ketibaan mereka di lapangan Terbang
Antarabang­sa Kuching.
V NURMADIANA Mohd Hamzah mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai yang menanti ketibaan mereka di lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.
 ??  ?? MUSTAFA Kamal
MUSTAFA Kamal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia