Harian Metro

‘Sekadar suka-suka’

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

 Suami isteri mengaku ketagih syabu antara lapan ditahan

“Sudah tiga tahun saya dan suami menghisap (mengambil) syabu. Saya menghisap syabu untuk suka-suka.

“Suami pula gunakan untuk fokus bekerja,” demikian pengakuan selamba seorang wanita selepas dia dan suaminya ditahan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Pasangan itu ditahan AADK Kota Kinabalu dalam Op Cegah di sebuah pangsapuri di Kalansanan, jam 12.30 tengah malam, semalam.

Ketua Pegawai AADK Kota Kinabalu, Lawrence Galleh berkata, operasi dijalankan selepas hasil risikan mendapati unit kediaman di bangunan berkenaan dijadikan port dalam kalangan penagih untuk melepaskan gian.

“Anggota terbabit operasi mengetuk pintu dan memberikan salam. Beberapa minit kemudian, pintu dibuka seorang wanita.

“Selepas masuk ke dalam unit kediaman itu kami mengesan suami wanita berkenaan dalam keadaan mencurigak­an. Pemeriksaa­n menemukan peralatan dipercayai untuk menghisap syabu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Lawrence berkata, hasil soal siasat wanita itu mengaku menghisap syabu bersama suaminya.

“Wanita berkenaan mengaku dia dan suaminya baru saja mengambil syabu yang dibeli pada harga RM20.

“Hasil ujian air kencing terhadap suami isteri berusia 51 dan 41 tahun itu didapati mereka positif syabu. Kedua-dua mereka mengaku menghisap syabu sejak berkahwin tiga tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi itu juga, lapan lagi individu termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana didapati terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.

“Operasi bermula jam 9 malam dan berakhir jam 3 pagi tadi (semalam) membabitka­n beberapa lokasi berasingan,” katanya.

Katanya antara lokasi serbuan Kampung Likas, Kampung Tanjung Aru, Ketiau, Taman Iramanis, Kampung Unggun, Kampung Rampaian, Kampung Warisan dan sebuah pangsapuri mewah di Jalan UMS.

“Hasil ujian air kencing semua yang ditahan berusia 28 hingga 51 tahun didapati positif syabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983,” katanya.

Sementara itu, menurutnya AADK akan terus melakukan pemantauan bagi membantera­s kegiatan penagihan dadah khususnya di daerah ini.

 ??  ?? ANGGOTA AADK menahan penagih dalam Op Cegah di sebuah pangsapuri di Kalansanan, semalam.
ANGGOTA AADK menahan penagih dalam Op Cegah di sebuah pangsapuri di Kalansanan, semalam.
 ??  ?? PERALATAN dipercayai untuk menghisap syabu turut dirampas.
PERALATAN dipercayai untuk menghisap syabu turut dirampas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia