Harian Metro

Sempat kaut RM30 je!

-

Miri: Cuma RM30, itu nilai ikan dan hasil laut sempat dikaut sekumpulan nelayan warga Indonesia sebelum mereka ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Kumpulan nelayan dari negara jiran itu ditahan APMM ketika melakukan aktiviti menangkap ikan dan hasil laut di Perairan Bakam di sini, jam 10.30 pagi, Ahad lalu.

Pengarah Maritim Malay sia Zon Miri, Kepten Maritim Md Fauzi Othman berkata, ketika ditahan lima nelayan berusia 25 hingga 39 tahun leka memunggah 20 kilogram hasil tangkapan ke dalam bot mereka.

“Semua nelayan berkenaan ditahan pada jarak 11 batu nautika dari Pantai Bakam iaitu jarak tidak dibenarkan bagi sebarang bentuk aktiviti perikanan.

“Hasil pemeriksaa­n juga mendapati seorang daripada mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, semua nelayan terbabit bersama bot digunakan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985.

“Kes juga disiasat mengikut Akta Imigresen 1959 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen pengenalan diri dan perjalanan sah,” katanya.

 ??  ?? APMM tahan bot nelayan digunakan warga asing untuk 'merompak' hasil laut di Perairan Bakam, Miri.
APMM tahan bot nelayan digunakan warga asing untuk 'merompak' hasil laut di Perairan Bakam, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia