Harian Metro

Rangka pelan sesuai baharu

-

Pelan Strategik Pembanguna­n Luar Bandar Sabah yang baharu kini dirangka agar bersesuaia­n dengan pendekatan Bidang Keberhasil­an Utama dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dilancarka­n kerajaan negeri sebelum ini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, Bengkel Hala Tuju Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah dilaksanak­an selama dua hari bertujuan untuk membincang­kan mengenai penyediaan pelan strategik itu.

“Pelan strategik yang disediakan kerajaan negeri sebelum ini adalah pada 1998 iaitu 20 tahun lalu.

“Saya fikir mengambil kira dasar baru peringkat nasional dan KPI, kita sesuaikan semua itu supaya dapat merangka satu dokumen pelan strategik pembanguna­n luar bandar Sabah dilaksanak­an melalui pejabat daerah,” katanya.

Ewon berkata, demikian ketika ditemui media selepas merasmikan

Majlis Penutupan Bengkel Hala Tuju Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah, di sini, semalam.

 ??  ?? EWON
EWON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia