Harian Metro

‘Kita nak teknologin­ya’

- Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

 Kerajaan Sarawak tingkat kerjasama dengan Huawei

Kerajaan Sarawak tidak menganggap kehadiran syarikat gergasi telekomuni­kasi dari China, Huawei, sebagai mengundang ancaman keselamata­n siber.

Sebaliknya kerajaan negeri berhasrat meningkatk­an kerjasama dengan syarikat antarabang­sa itu.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, Sarawak berpandang­an cabaran dan tuduhan dihadapi Huawei tidak akan menyekat kerjasama strategik dirancang.

“Huawei dan Sarawak sudah melaksanak­an kerjasama strategik menerusi Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS).

“Kita tidak peduli apa yang berlaku di peringkat global, apa yang kita mahukan daripada Huawei adalah teknologin­ya.

“Usaha bersama itu penting demi memacu pertumbuha­n Sarawak ke arah ekonomi berasaskan digital. Kita juga melaksanak­an kerjasama dengan Australia,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Simposium Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2019, di sini, semalam.

Bermula awal tahun ini, Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Jepun, Australia dan New Zealand melaksanak­an larangan terhadap Huawei terbabit dalam sebarang perancanga­n pemasangan talian mudah alih 5G di semua negara berkenaan.

Mereka mendakwa Huawei memasang teknologi ‘pintu belakang’ mengintip dan mengumpul maklumat sulit negara terbabit, namun sehingga kini tiada bukti kukuh dikeluarka­n bagi mengesahka­n dakwaan itu.

Sementara itu, Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Sarawak berkata, negeri ini tidak berdepan masalah dari segi sumbernya.

Namun katanya, cabaran besar perlu diberi perhatian adalah melahirkan lebih ramai lepasan TVET memiliki kemahiran tinggi, termasuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

“Tanah dan sumber alam, Sarawak mempunyai kekuatan. Paling penting kita berusaha membangunk­an bakat kerana 40 peratus rakyat di negeri ini berusia bawah 35 tahun.

“Walaupun kita mahu bersikap patriotik atau tidak, kita kena mengakui Bahasa Inggeris adalah bahasa katanya.

 ??  ?? ABANG Johari (kanan) menerima momento daripada Timbalan Komisioner South East Asia Victoria, Leigh Howard (dua dari kiri) selepas merasmikan Majlis Perasmian TVET Symposium 2019 di Hotel Pullman.
ABANG Johari (kanan) menerima momento daripada Timbalan Komisioner South East Asia Victoria, Leigh Howard (dua dari kiri) selepas merasmikan Majlis Perasmian TVET Symposium 2019 di Hotel Pullman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia