Nahas Op Selamat 14 menurun Apa nasib mereka?
Sebanyak 742 kemalangan jalan raya dicatatkan di Sarawak sepanjang tempoh 15 hari Op Selamat 14 bersempena Tahun Baharu Cina dari 29 Januari hingga 15 Februari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden
Alexson Naga Chabu berkata, angka itu menurun 20 kes berbanding 762 kes bagi tempoh sama pada Op Selamat 2018.
Bilangan kanak-kanak tiada dokumen pengenalan diri dan tidak tentu kewarganegaraan di negeri ini masih tinggi.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata, mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak, 766 kanak di negeri ini tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tidak berstatus warganegara Malaysia.
Beliau percaya jumlah itu mungkin lebih ramai kerana ada dalam kalangan ibu bapa tidak mendaftarkan kelahiran anak mereka dan tidak memohon sijil kewarganegaraan.
Sehubungan itu katanya, program mendaftar dan membantu kanak-kanak terbabit akan diperhebatkan tahun ini dengan kerjasama pelbagai kementerian serta agensi.
“Antara agensi berkenaan adalah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Tahun lalu kementerian kami bersama Jabatan Pendaftaran Negara mengelolakan 120 program ‘outreach’ untuk membantu mereka belum memiliki dokumen pengenalan diri membuat permohonan,” katanya.
Fatimah ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Keselamatan Negara di pejabatnya, di sini, semalam.
Katanya, mesyuarat turut membincangkan beberapa pendekatan serta prosedur untuk menangani masalah berkenaan.
“Fokus kita ialah pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri dan status kewarganegaraan mereka yang belum
Statistik JPN Sarawak menunjukkan lebih 766 kanak-kanak di negeri itu tiada dokumen pengenalan diri
ditentukan,” katanya.
Jelasnya, langkah itu selaras dasar Kementerian Pendidikan membenarkan kanak-kanak tidak memiliki dokumen pengenalan diri memasuki sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bermula tahun ini.
Menurutnya, turut dibincangkan cadangan untuk memberi bantuan kepada pelajar terbabit.
Sementara itu, Fatimah meminta Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meninjau sekolah dikatakan mempunyai pelajar terbiar.