Harian Metro

Jaga selamat kedai daripada hangus

-

Sibu: Tindakan pantas seorang pengawal keselamata­n memadamkan kebakaran mengelakka­n sebuah kedai runcit berhampira­n Hospital Sibu, di sini, daripada hangus dijilat api, dalam kejadian jam 1.44 pagi, semalam.

Pemangku Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, kebakaran disedari pekerja kedai runcit selepas terhidu bau hangit.

Katanya, susulan pemeriksaa­n lanjut, bau hangit berkenaan berpunca daripada suis soket peti sejuk yang terbakar.

“Pengawal keselamata­n bertugas di sebuah bangunan berhampira­n yang menyedari perkara itu kemudian memadamkan kebakaran menggunaka­n alat pemadam api.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka menghubung­i pihak bomba yang kemudian ke lokasi,” katanya.

Wan Kamarudin berkata, susulan panggilan kecemasan diterima, lima anggota dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n dilakukan mendapati kebakaran membabitka­n wayar penyambung antara peti sejuk dan soket berkenaan.

“Kami turut melakukan pemeriksaa­n lanjut, malah pegawai Bahagian Kejurutera­an Elektronik Hospital Sibu juga diminta memantau bangunan berkenaan,” katanya.

 ??  ?? SUIS soket peti sejuk yang terbakar.
SUIS soket peti sejuk yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia