Harian Metro

Urus niaga guna mata wang masing-masing

-

Kerajaan Sabah dan pihak berkuasa Kalimantan Utara, Indonesia bercadang menggunaka­n mata wang negara masing-masing dalam urusan perdaganga­n dua hala pada masa akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, penggunaan Ringgit Malaysia (RM) dan Rupiah memberi nilai tambah kepada mata wang kedua-dua negara menerusi aktiviti perdaganga­n dua hala bernilai jutaan ringgit setiap tahun.

“Selama ini kita menggunaka­n Dollar Amerika (USD) dalam urusan perdaganga­n dengan Indonesia.

“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada mata wang asing itu kerana kita juga boleh menambah nilai mata wang sendiri. Sebenarnya pemimpin Asia dulu berbincang dan bercadang menggunaka­n satu mata wang dalam urusan perdaganga­n di sekitar benua ini.

“Jadi sekarang kita boleh menggunaka­n mata wang kita sendiri,” katanya pada sidang media selepas menghadiri persidanga­n Kerjasama Sosial Eoknomi Malaysia-Indonesia (SOSEK Malindo) sempena kunjungan hormat Gabenor Kalimantan Utara, Dr H Irianto Lambrie, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia