Harian Metro

JANGAN BIADAB!

 Pemilik akaun Facebook didakwa hina Islam, Nabi Muhammad SAW dikecam

- Idris Musa, Mohamad Azim Fitri Abd Aziz dan Adnan Ibrahim am@hmetro.com.my

Pelbagai pihak yang mewakili suara umat Islam, sama ada individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui muat naik karikatur di alam maya. Perbuatan menghiris perasaan umat Islam itu wajar

dibendung bagi mengelakka­n ketegangan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Jangan biadab. Itu amaran pelbagai pihak yang mengecam tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui status dan karikatur yang dimuatnaik­nya.

Mereka tidak mahu perbuatan kelompok kecil yang biadab ini menjejaska­n keharmonia­n dan kemakmuran negara kerana sebarang ketegangan terutama membabitka­n isu sensitif serta sentimen agama memerlukan masa lama untuk dipulihkan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia, Dr Rozaimi Ramle berkata, beliau sendiri melihat gambar menghina Nabi itu disebarkan di alam maya.

“Saya mengutuk penulis dan penyebar kenyataan seperti dalam gambar berkenaan,” katanya.

Justeru, beliau memohon umat Islam membuat laporan polis supaya tindakan tegas diambil dan pihak polis dapat menyiasat kes terbabit.

Persatuan Kebajikan Ukhwah Silatulrah­im (UKHWAH) Pahang pula mendesak pihak berkuasa terutama polis dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Presidenny­a, Zulkefly Senek berkata, tindakan itu cuba mewujudkan suasana tidak harmoni di negara ini dan ia perlu disiasat serta diambil tindakan bagi mengelak insiden dan perpecahan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Terengganu, Muammar Qaddafi Mohd Nasir berkata, pihaknya kesal dengan penghinaan pengguna media sosial terbabit melalui perkongsia­n gambar yang mengaibkan.

Srikandi PKR Johor turut membuat satu laporan polis di Balai Polis Simpang Renggam dan mengecam tindakan pemilik akaun Facebook terbabit.

Ketuanya, Nur Khurul Ain Abdul Samat berkata, pihaknya menyifatka­n perkara itu sebagai penghinaan kepada semua umat Islam di negara ini dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Tidak ketinggala­n, PAS yang mahu pemilik akaun Facebook itu dikenakan hukuman berat.

Bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan pula, tindakan individu terbabit sangat kurang ajar, biadab dan tidak menghormat­i sensitivit­i majoriti umat Islam di Malaysia.

“Jangan berselindu­ng di sebalik hak kebebasan semata-mata untuk menghina Islam.

“Kami memberi amaran kepada mereka untuk tidak sesekali cuba meranapkan keharmonia­n masyarakat di Malaysia,” katanya.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatka­n pemilik laman sosial terbabit angkuh walaupun sebelum ini dikritik pelbagai pihak dalam kalangan warga netizen.

“Pemuda UMNO berharap tiada sikap pilih kasih pihak kerajaan terhadap sesiapa jua yang memainkan sentimen perkauman dan penghinaan terhadap mana-mana agama,” katanya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihak polis sudah menjalanka­n siasatan berhubung perkara itu.

“Saya sedar isu ini bukan perkara kecil. Malah, saya sudah maklumkan dahulu, seelok-eloknya mereka yang ada saluran media sosial supaya elak membangkit­kan perkara yang dianggap satu penghinaan baik dari sudut agama, raja dan sebagainya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PERSATUAN Kebajikan Ukhwah dan Silaturrah­im Pahang membuat laporan polis berkaitan terhadap pemilik akaun FB yang hina Nabi Muhammad SAW dan isteri di IPD Kuantan.
PERSATUAN Kebajikan Ukhwah dan Silaturrah­im Pahang membuat laporan polis berkaitan terhadap pemilik akaun FB yang hina Nabi Muhammad SAW dan isteri di IPD Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia